Wednesday, July 24, 2013

Pengalaman Bersalin Altaf Haziq bin Abdullah

Gambar beberapa jam selepas dilahirkan :)

Tiba tiba terasa ingin berkongsi pengalaman bersalin sendiri. dulu sebelum bersalin saya asyik baca pengalaman bersalin orang, kali ni tulis pengalaman sendiri. hehe berikut ialah kronologinya yang x seberapa panjang pun;

16 Jun 2013
Awal pagi saya perasan ada cecair keluar dalam kuantiti yang sedikit tapi saya sangat yakin itu bukanlah air kencing. saya pun sambung tidur kerana tidur yang kurang lena akibat sakit perut seperti memulas2 (sebenarnya mild contraction yang tidak disedari). bangun dari tidur terus ke toilet, ternampak blood show bersama sedikit lendir. hati jadi x keruan kerana tanda yang ditunggu2 telah tiba. tapi saya tenangkan diri dulu sbb selalunya tanda darah mengambil masa yang lama untuk proses kelahiran sebenar. saya pun baring sebelum bersarapan, masa ini saya mula perasan sakit perut yang saya alami sejak semalam adalah konsisten iaitu setiap 10 minit, dan tidak lama kemudian menjadi setiap 8 minit. lalu saya beritahu suami dan terus bergerak ke klinik. sampai d klinik, bidan yang bertugas cek jalan, baru 2cm. katanya lambat lagi ni, selalunya anak pertama mengambil masa sejam setiap 1cm. lalu kami pun bercadang untuk balik, sebelum tu singgah sarapan dulu.

Petang, kontraksi semakin kerap tetapi tidak konsisten, kadang 8 minit, 7 minit adakalanya 5 minit. suami bercadang untuk tidur di wad saja malam ini sebagai langkah berjaga jaga. lalu kami pun menyerah diri di klinik. sampai klinik, bidan cek jalan masih juga 2cm, tapi saya dan suami tetap mahu tidur di wad. oleh kerana hospital swasta, privacy tidak terganggu. dan malam itu kontraksi semakin kuat, tidur pun x lena hinggalah esoknya. awal pagi nurse datang cek bukaan masih juga 2cm, hampaaa... 8.30 am doktor datang cek dan membuat keputusan untuk di induce. lalu saya menelan setengah biji pil itu pada pukul 9 pagi. nurse pesan jangan baring, banyakkan berjalan. lalu saya pun berjalan, kontraksi semakin mengganas. saya berjalan sambil menahan sakit kontraksi. pukul 11 am, saya sudah x larat berjalan lalu berbaring sajalah. masa ini sakit semakin menggila hingga saya tidak mahu menerima pelawat kecuali suami yang sentiasa di sisi. 11.40 nurse cek jalan, 6cm! nurse terus arahkan saya masuk labour room. dalam labour room nurse suruh mengiring, masa ni sakitnya Allah saja yang tahu. pukul 12 tepat, nurse cek jalan tapi x inform berapa bukaan, nurse suruh try teran tapi kepala baby belum kelihatan dan nurse suruh mengiring semula. suami berusaha menenangkan, kesakitannya seperti ditetak tulang pinggul, Subhannallah... masa ini x henti2 baca zikir dan doa nabi Yunus. 1230, saya sudah rasa x tahan dan seperti mahu meneran, saya bagitahu nurse yang saya rasa mahu terberak. nurse terus panggil doktor dan seketika kemudian doktor sampai. bermulalah proses teran meneran. oleh kerana kedudukan kepala baby terlalu ke saluran usus besar, doktor terpaksa mencapainya menggunakan vakum. bila kepala baby sudah terasa di pintu keluarnya, dengan 3 kali teran keluarlah zuriat sulung saya dan suami pada pukul 12 39. Allahuakbar! itulah ungkapan pertama sebaik baby diletakkan di atas dada. segala galanya sangat pantas, proses jahit menjahit pun x sampai 10 minit. pukul 1 pm saya sudah keluar dari labour room...

Syukur alhamdulillah atas nikmat melahirkan anak. sungguh indah perasaan menjadi seorang ibu..

Thursday, May 30, 2013

37 minggu, 4 hari : Bekas parut pembedahan


Syukur alhamdulillah, kandungan sudah mencapai usia hampir 9bulan 2minggu. sekarang adalah tempoh menunggu hari. setiap hari yang sarat merupakan sesuatu yang amat menarik, memerlukan ketabahan dan keselesaan yang optimum. Perut semakin turun ke bawah kerana kedudukan kepala bayi sudah pun memasuki laluan untuk keluar (menurut doktor dan nurse di klinik kesihatan). saya sendiri juga perasan dengan penurunan perut yang berlaku. oleh itu, saya sedikit tidak selesa apabila berat perut tertumpu di bahagian bawah di mana bekas parut pembedahan bertambah meregang dan berlipat. hal ini menimbulkan kesakitan, ketidakselesaan dan gatal apabila saya bergerak terlalu aktif. ada masanya saya terpaksa berbaring selama beberapa minit untuk meredakan kesakitan akibat regangan. tapi saya berusaha menerima keadaan ini dengan senang hati apabila memikirkan saat bertemu muka dengan bayi yang ada dalam perut ini :)

Salah satu minyak yang saya guna untuk disapu pada bekas parut pembedahan dan sekitar kawasan perut yang meregang ialah minyak kelapa dara/ virgin coconut oil. minyak ini membantu memberi kelembapan semulajadi dan sekaligus mengurangkan rasa perit di bahagian parut. selain itu, minyak kelapa dara juga boleh menguatkan lapisan kulit, oleh itu ia mampu mengurangkan parut regangan di kulit selepas melahirkan nanti. selain menyapu minya kelapa dara di bahagian tertentu, saya juga mengambil 2 sudu VCO setiap hari sejak kandungan mencecah 37 minggu. mengikut kata orang, supaya mudah melahirkan selain banyak khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara. oh ya, terdapat banyak jenis minyak kelapa dara yang dijual di pasaran, dan saya ialah pengguna VCO catalyst. 

P/S: Setiap hari saya berdoa baby akan keluar awal dari tarikh EDD dengan selamat. insyaAllah

Monday, May 13, 2013

Minggu 35; Persediaan bersalin

Alhamdulillah kandungan hampir mencecah 9bulan. lebih kurang sebulan lagi dari tarikh EDD tapi saya rasa baby akan keluar awal dari tarikh itu. waktu sarat haruslah dihadapi dengan tenang dan damai, kerana pertambahan saiz badan dan perut kadangkala membataskan pergerakan. baju pula hampir semuanya x muat. mujurlah tinggal 2minggu lagi bekerja, lepas tu cuti sekolah dan terus sambung cuti bersalin dan bersambung lagi dengan cuti hari raya i loike. so saya mengambil keputusan untuk mengambil maternity leave 2 bulan sahaja. di hujung2 kehamilan ini, perkara yang sentiasa bermain di minda ialah perasaan tertanya tanya bagaimanakah rasa sakit kontraksi itu? mampukah saya menanggung sakit itu? berapa lamakah sakit itu? dan banyak lagi persoalan mengenai saat kelahiran baby dalam perut ini. tapi saya sering positifkan fikiran dan banyak berdoa semoga segala galanya dipermudahkan apabila tiba saatnya nanti. dan semoga saya diizinkan Allah untuk bersalin secara normal, aminnnn....

Persediaan menjelang hari melahirkan baby sudah hampir selesai untuk jangka masa 'new born'. keperluan asas seperti baju baju, mitten n booties, lampin, selimut, tuala, barut, mandian, bedung, tilam, tisu basah dan pampers sudah pun dibeli. malah sudah pun di 'pack' dalam beg sebagai persediaan untuk ke hospital bila bila masa. Baju baby kebanyakannya saya hanya beli untuk new born-3bulan sahaja dan itupun dalam kuantiti yang cukup cukup untuk baby pakai selama 3 bulan. oleh itu, selepas habis pantang nanti barulah shopping barang baby untuk 3-6 bulan ke atas. selain langkah berjimat, ianya juga mengelakkan kesesakan barang barang baby serta memudahkan saya menyusun barang baby mengikut keperluan semasa. (memandangkan baby berkongsi bilik dan almari dengan ibu dan baba hihu).

Keperluan saya sendiri untuk ke hospital juga sudah ready. keperluan berpantang juga sudah ada (set berpantang trial pack Shaklee), cuma perlu menambah beberapa item lagi seperti tungku moden, krim barut dan phytonatal NR. breastpump pula akan dibeli setelah air susu berjaya keluar. sekarang saya sedang giat mencari tukang urut yang berdekatan dan berpengalaman. 

Sekian sahaja post tanpa gambar ini. tolong doakan saya dan bayi selamat! terima kasih....

Monday, March 11, 2013

Our little cutie pie is 26 weeks!

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Kandungan saya suda mencecah minggu ke 26, lagi 2 minggu masuk 7bulan.  Baby sekarang semakin aktif bergerak, kadang-kadang pergerakan yang kuat hingga menyebabkan perut bergetar getar sendiri. hehe syukur yang penting baby sihat sihat sahaja hendaknya.

Sebenarnya entri kali ini ialah tentang perubahan sepanjang tempoh kehamilan. salah satunya ialah penambahan berat badan dan perubahan bentuk fizikal yang amat ketara sekali. pada usia kandungan saya sekarang, berat sudah pun meningkat sebanyak 10kg! wehuhuhu sedangkan baby belum sampai 1kg pun, mungkin skrg dalam 700 gram. amat banyak berat yang meningkat, dan dijangka akan meningkat lagi dan lagi sehingga melahirkan. oleh yang demikian, tubuh badan pun haruslah berubah 360 darjah daripada bentuk badan sebelum mengandung. pakaian semuanya semakin sempit, kena beralih daripada pakai jeans kepada kain kapas ataupun dress untuk keselesaan. selain itu, pakaian dalam terutamanya bra, wajib ditukar kepada saiz yang lebih besar. ini adalah kerana payudara sudah pun mula mengeluarkan colostrum, iaitu sejenis cecair jernih yang akan bertukar menjadi susu setelah bayi lahir. keadaan ini menyebabkan payudara membengkak dan gatal terutamanya apabila memakai pakaian dalam yang sempit. jadi, penyelesaiannya ialah beralih kepada nursing bra yang selesa!

Perut yang semakin membesar juga memerlukan keselesaan dalam setiap keadaan. walaupun ramai yang menegur perut saya kecil, mungkin kerana kandungan pertama, namun saya tetap merasakan perut saya besar dan berat mungkin kerana saya sudah pernah menjalani pembedahan utk membuang cyst 3 bulan sebelum kehamilan. Parut luka pembedahan kadangkala terasa ngilu dan menyucuk. untuk melegakannya, hanya dengan berehat dan berbaring untuk mengurangkan tekanan pada bahagian bawah abdomen. usaha lain, saya memakai maternity support belt yang dibeli secara online dengan harga RM 160.  Tali pinggang ini hanya bertindak sebagai menyokong perut yang semakin membesar, mengurangkan sakit belakang dan memberi keselesaan ketika melakukan sebarang aktiviti. Perut terasa ringan sahaja. juga sesuai bagi mereka yang pernah melahirkan secara pembedahan atau menjalani pembedahan seperti saya.

Sejak usia kandungan mencecah bulan ke-6 juga, tidur malam saya mula tidak menentu. setiap malam pasti susah untuk melelapkan mata. tambahan pula, saya akan pergi ke tandas untuk membuang air kecil sekurang kurangnya 2 atau 3 kali semalam. baby yang semakin membesar menolak pundi kencing ibu dan menyebabkan ibu selalu rasa ingin ke tandas. semasa ingin tidur juga, saya memerlukan bantal yang lebih untuk menyokong bahagian bahagian badan terutamanya perut. sejak tidur malam yang tidak menentu, saya seringa google tentang maternity pillow. hajat hati ingin memilikinya untuk mendapatkan tidur yang lazat setiap malam tetapi macam membazir pulak kerana harganya bagi saya adalah mahal, RM 290. huhu

Maternity pillow

Walaubagaimanapun, saya menerima semua perubahan yang berlaku pada diri dan tubuh badan dengan hati yang sangat terbuka dan tidak sekali kali tertekan akibat perubahan yang berlaku, malah sentiasa bersyukur kerana inilah nikmat perjalanan untuk menjadi seorang ibu. walaupun pada awalnya saya rasa very the surprise bila tahu berat badan meningkat 10kg, dan selalu bertanya suami adakah saya sudah gemuk? hahaha.. tetapi itu hanyalah kerisauan biasa seorang wanita, lepas bersalin nanti kena pantang betul betul, insyaAllah.

Friday, January 11, 2013

2nd pregnancy

Syukur alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk mengandung buat kali yang ke-2. Walaupun kandungan pertama pada awal tahun lalu gagal, dan telah melalui proses D&C pada bulan Mac tahun lalu, saya sering mengingati kandungan pertama itu. walaupun tidak sempat menjadi janin kerana doktor mengesahkan kandungan tersebut tidak menjadi (tiada janin yang berkembang di dalam sec/kantung), detik itu manis kerana memberikan pengalaman pertama apabila mengetahui diri sedang hamil. Pada masa yang sama juga, saya berdepan dengan masalah cyst yang agak besar tumbuh pada ovari kiri. saya selamat menjalani pembedahan membuang cyst tersebut, tanpa membuang ovari kiri pada bulan Jun tahun lalu. Segala perancangan Allah sememangnya indah, dengan proses rawatan yang berterusan dan memerlukan saya berada dekat dengan orang orang terpenting dalam hidup saya, proses pertukaran tempat bertugas dipermudahkan walaupun dengan pelbagai situasi ketika itu. 

3 bulan setelah menjalani pembedahan, luka semakin pulih. parut juga terkesan dengan sangat kemas dan rapi. saya menggagahi diri untuk minum pati ikan haruan sebanyak yang mampu dan memakan sup ikan haruan yang disediakan oleh ibu tercinta. Pada awal November tahun lalu, saya mula merasakan beberapa perubahan berlaku pada diri. senang cerita, naluri saya kuat mengatakan bahawa saya hamil. saya dan suami pergi ke klinik dan menjalankan UPT di klinik dan hasilnya positif. syukur alhamdulillah! sekali lagi saya hamil. pada masa yang sama juga, saya seringkali berdoa padaNya agar kandungan kali ini membesar dengan sihat dan sempurna sehingga saat saya melahirkan dan menatap wajah bayi saya dan suami. mungkin kerana kegagalan kandungan yang pertama menjadikan saya sedikit risau dan trauma. doktor melakukan ultrasound pertama pada usia kandungan saya 5minggu dan pada masa itu kantung belum jelas kelihatan. kerisauan semakin bertambah apabila doktor mengatakan yang dia menjumpai cyst tumbuh pada tempat yang sama iaitu ovari kiri.

Cuti sekolah bermula dan kami pulang ke KK untuk berjumpa dengan doktor pakar saya yang juga telah membedah saya tempoh hari. dia turut menyatakan perkara yang sama iaitu cyst pada ovari kiri, tapi doktor menenangkan saya, dalam tempoh sebulan lagi kemungkinan cyst tersebut akan mengecut dan bertukar menjadi corpus luteum. perkara tersebut sering terjadi di awal kehamilan. pada hari yang sama juga buat pertama kalinya saya melihat janin kecil yang semakin berkembang di rahim sendiri. perasaan damai yang menerpa hati kami suami isteri terbawa-bawa hingga ke malam apabila mendengar denyutan jantung zuriat kami, apatah lagi melihatnya bergerak berenang-riang-gembira di dalam. hehe indahnya perasaan itu ya Allah

Di samping pemerhatian susulan dari doktor pakar, kami juga berusaha dengan perubatan islam. genap sebulan kemudian, kami datang berjumpa doktor pakar semula. alangkah bersyukurnya saya apabila doktor kata, cyst sudah tiada. dan kemungkinan baby u is a boy. masa tu usia kandungan saya hampir mencecah 4bulan. baby, semoga sentiasa sihat dan aktif di dalam hingga ibu selamat melahirkanmu dan membesar menjadi anak yang soleh/ solehah ok...:)

Dan kini kandungan menghampiri bulan ke-5. saya dan suami gembira perut semakin kenampakan dan baju baju mengalami pengecutan yang menyeksakan apabila saya memakainya. wuwu kena cari maternity dress secepat mungkin! semoga kandungan sihat dan selamat hendakNya. aminnnnnn

Wednesday, January 9, 2013

Enjoying my 2nd trimester

Syukur alhamdulillah, kandungan saya kini sudah mencecah 18 minggu. loya dan mabuk semakin hilang. semangat bekerja semakin pulih. semoga baby sihat sampai selamat dilahirkan pada bulan jun nanti. aminnn

seluar
 dan baju semakin mengecik. hihu

Thursday, July 12, 2012

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum w. b. t..
Ya saya tidak mahu mengotakan janji untuk menghapdet sambunagn entri yang bercerita ttg gaji. sebab? aku xmau fikir pasal gaji lah! baik fikir pasal bulan puasa yang bakal menjelang kurang dari 10 hari lagi. wiwiwiwi exciteddd!! pestime aku sambut ramadhan sebagai isteri bhuehue.

Pada hujung minggu ini akan balik ke sisi suami. aku rasa macam angau tak hengat, sebulan x jumpa suami, aku rasa nebess mahu jumpa suami hujung minggu ni. hahaha silalah melempang saya kerana keterujaan yang melampau ini. huahua! encik suami, sila bersedia menghadapi dating kita yang pertama setelah sebulan terpisah. kita pergi dating dengan makan bersungguh2! hihik

Cuti sakit aku sebenarnya berakhir pada 24 julai, tapi aku akan mula bekerja minggu depan. saja saja turun kerja awal, lagipun aku rasa kudrat aku sudah mampu untuk mengajar, jangan berlari larian sudahlah. di samping banyak urusan yang tertangguh di sekolah dan sengaja turun kerja sebelum ramadhan. kang aku turun kerja masa puasa, x pasal pasal aku puasa setengah hari akibat sudah lama berehat, tiba tiba kerja di bulan puasa lagi. ahh very keanak anakan reason itew! haha aku peduli hapa?

ok, itu saja hapdet yang sempat. salammm


Friday, July 6, 2012

i love you!

i love you too encik suami!
hehe

Entri hari ini adalah tidak berkaitan dengan tajuk. saja saja buat entri keluar topik. rakan rakan, marilah meriahkan diri dengan bersembang tentang GAJI. x kisahlah gaji kita besar atau kecil, asal namanya gaji. 

Jap, aku tengah bengong. bloging melalui tab perlukan ketabahan yang tinggi. apahal x boleh justified ni? ? aku tekan byk kali lain jadinya. hmmmm

Aish masih centre jgk, malaslah. oleh itu entri ini akan bersambung pada entri akan datang sahaja. sekian. salam

p/s: saya orang belum bergaji, baru urus dan belum di proses pun. mungkin 2,3 bulan lagi baru gaji masuk. lantas, aku masih belum punya wang utk mengotakan hajat2 yang telah ditanam untuk berbakti pada ibubapa dan keluarga. insyaAllah rezeki datang nanti aku pun tunaikanlah hajatku secara slow and steady. okbai!

Wednesday, July 4, 2012

Aku dah sehat! tapi?

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum memulakan apa apa bicara elok kiranya aku mengucapkan salam nisfu sya'ban kepada seluruh umat islam, khususnya kepada keluarga, rakan rakan dan kenalan. semoga segala amalan kita diterima dan bertambah lagi amalan seiring pertambahan usia. insyaAllah, amin.

Minggu lalu aku sudah pergi review di Raflesia, doktor just check luka. mula mula doktor tengok jahitan, wah very nice! but, you tak pernah cuci ka? me, saya just kasi lap lap dia macam yang doktor cakap lah. doktor, aiyo kenapa you tak cuci, sekarang darah you suda beku. me, hehe saya takut bernanah o doktor. doktor, hehe its ok, hari ini kita cuci dia. lalu doktor mula mencuci luka aku macam kulit aku tiada luka, saakiiiit! sampai benang benang jahitan di luar kulit pun terus tertanggal. huh. nasib baik luka aku sudah semakin kering di bahagian luar, hasil usaha gigih menelan pati ikan haruan dan ikan ikannya sekali. tapi, luka di dalam masih terasa bengkaknya. saraf saraf di bahagian perut yang dipotong adalah terputus sama sekali. lalu kawasan perut aku yg berukuran lebih sejengkal kini tidak mempunyai deria perasaan, eh? deria rasa. macam kebas, kau cubit pun x rasa. mula mula aku ingat bius tertinggal kot, haha. rupanya saraf putus, so perlukan masa mungkin bertahun lamanya utk saraf tersebut bersatu kembali dan membuahkan perasaan perasaan di sekitar belahan perutku itu.

Ya, aku sudah semakin sihat alhamdulillah. tapi kalau kau suruh aku lari setempat memang aku belum boleh lah, apatah lagi kalau kau suruh aku lumba lari. turun naik tangga pun masih slow2, postur badan aku pun belum berapa nak betul. kadang kadang kalau aku luruskan badan mcm biasa, perut aku senak dan sesak nafas, macam terasa jahitan tertarik. oleh itu aku bajet cuti sakit yang masih bersisa 3minggu utk pulihkan seluruh anggota badan supaya kembali normal. kalau aku sihat dan cergas dalam masa 2minggu lagi, aku boleh pergi kerja awal sebelum mula bulan puasa. 

Tadi aku pergi buat medical cek up untuk urusan pengesahan lantikan. faham faham lah medical cek up di hospital kenalah ke hulu ke hilir. aku rasa macam siput aku berjalan, dengan bongkok yang aku kontrol kontrol. very ayu you know. orang tengok aku pun mesti fikir oh dia ni baru besalin secara operation. walaupun aku berusaha tegakkan badan dan lajukan langkah, kegigihan aku itu gagal bila perut rasa ngilu. so, berserah. nanti aku sihat jugak sepenuhnya :)

Monday, July 2, 2012

hospital (kerajaan vs swasta)

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini entri tanpa gambar. silalah baca karangan aku ni kalau rajin, kalau x rajin scrol ke bawah laju lajuuu

Ok, macamana aku harus mula nih, hoho. tengok tajuk balik. baiklah, sekarang mula.
Pada bulan mac yang lalu, aku telah pun melalui prosedur mencuci rahim, kerana kandungan aku tiada progress/tiada perkembangan, tiada denyutan jantung dan tiada janin mengambil alih kantung yg serupa sebiji kacang. aku dan doktor tidak mengklasifikasikan keadaan aku sebagai keguguran/miscarriage. sebab, aku tidak mengalami pendarahan yang berketul2/heavy bleeding. setelah dimasukkan ubat seperti induce barulah aku rasa perut memulas mulas dan akhirnya jatuh jugak kantung tersebut. doctor kata itu delayed miscarriage. dan aku menjalani prosedur mencuci rahim di hospital besar Tawau (kerajaan lah kan). aku dimasukkan ke wad sehari sebelum prosedur. masa tu aku rasa pelik, orang sihat walafiat, bleeding pun sikit2 n fizikal sangatlah cergas, tapi terpaks tidur di wad. malam tu mula berpuasa, doktor pesan, no fluid! baiklahhh. malam tu jgk sampel darah aku diperlukan, kau tahu berapa kali aku dicucuk? 8kali nyahh, kau ada? lepas kena cucuk tu barulah aku rasa lemah. habis biru2 seluruh tangan aku, nasib baiklah suami balik balik suruh sabar. keesokan harinya, sampel darah aku semalam lab reject, kena ambil darah baru. okfineeee doktor, silalah ambil. pagi tu aku dicucuk 3 kali baru dapat. sudah macam ayam aku rasa kena cucuk sana sini, tapi sabar ada orang yg lebih sakit. dari awal pagi aku pakai baju bedah, tunggu punya tunggu pukul 6ptg baru aku masuk bilik bedah. doktor menerangkan ttg bius separuh badan, dia cucuk jarum betul betul di tulang belakang aku, hidup hidup ok. lepas bbrp minit bius berkesan. tapi, aku sesak nafas macam bius tu naik atas. lalu aku pun disuntik ubat tidur. lepas tu sedar sedar sudah dalam wad semula. dan malam tu, kesan bius mula hilang. aku bagitau yee, sangatlah sakit tulang belakang aku macam dilenyek2. aku sampai berpeluh sejuk, mengerang, mengucap bagai. sudahlah aku sorang2, yalah duduk wad biasa mana boleh husband temankan. syukurlah esok pagi aku x bleding byk dan boleh discharge. tapi kesan bius sampai 2minggu tulang belakang aku sakit. it cost only rm1, aku kan kakitangan kerajaan of course lah free of charge!

Ok tamat cerita di hospital kerajaan. sekarang cerita di hospital swata pula, Rafflesia medical centre, Kota Kinabalu.

3minggu yg lalu aku menjalani prosedur pembedahan utk membuang cyst. aku menyerah diri di wad sejam sebelum prosedur, seawal jam 7pagi, prosedur jam8 pagi. sesampai d wad terus tukar baju bedah, nurse terus buat persiapan utk pembedahan. cepat betul diorang ni buat kerja. aku masuk bilik bedah pun x sempat tunggu suami yg sedang membayar deposit utk pembedahan. aku masuk bilik bedah, baring, terus diberikan ubat tidur. mungkin lepas aku tidur tu baru aku dibius dan perut pun dipotong. aku sedar sudah dalam wad semula, suami kata x sampai sejam pun doktor buat pembedahan. dan lepas sedar tu aku x rasa pun ada kesan bius, badan rasa normal. cuma belahan di perut rasa skit sikit dan saluran kencing yang disambung hos adalah sakit. sudah tu, kencing aku liking lagi, nurse kata hos yg doktor pasang tu kecil. lalu nurse2 yg rajin itu menukar hos kepada yg lebih besar. malangnya, masih jugak liking. dan mereka menukar lagi kepada hos yang lebih besar. masa tu kencing aku sudah bercampur darah. kesan jahitan pula kurang sakitnya, ubat tahan sakit dan antibiotik diberikan secara suntikan dan ianya sangat berkesan. keesokan harinya, hos saluran kencing dibuka dan aku kena mula berjalan sendiri ke toilet. pertama kali berjalan teras berat perut aku macam ada bertan2 batu, rupanya aku kembung. angin yang masuk semasa pembedahan belum keluar, dan nurse yang komited telah memberi aku milo, memeriksa perut aku. mereka adalah sangat baik dan yang paling penting suami aku boleh temankan aku. hihi. setelah 2malam di wad dan setelah beberapa kali doktor memeriksa, aku pun discharge. i tell you, less pain. antibiotik yang diberikan sgt berkesan. siap kasi ubat pelawas utk aku senang buang air. doktor yang bedah dan periksa aku pun adalah yang sama sejak aku mula review d sini lagi. tapi, sudah namanya swasta, of course lah everything kena charge. layanan baik nurse2 yg komited dan rajin pun bayar tau! and it cost rm4575. jahitan sangat cantik, just one thin line ok?

Begitulah ceritanya. aku bukan kata buat rawatan di hospital kerajaan x bagus dan swasta bagus. cuma kena faham lah, hospital kerajaan pelanggannya sangat ramai and dont expect to get 1st class layanan, lagipun its free kan? hospital kerajaan bagus tahu, ada tabung darah, ada segala galanya keperluan yang lengkap. hospital swasta klu sudah kes kronik pun kdg2 hantar ke hospital kerajaan jgk. tapi kdg2 kita kena fikir jgk utk keselesaan diri sendiri, kalau swasta layanan memang bagus. service memang wonderful lah, mereka sangat berusaha mengurangkan rasa sakit yg kita tanggung. tapi kenalah belanja lebih sikit utk semua itu. pilihan di tangan anda dan saya jugak! 

Dengar cerita bayaran wad kelas pertama di hospital kerajaan rm70 per night sekarang, betul kah?? kalau betul, whatttttt the??? swasta rm 80 per night tau.

Friday, June 29, 2012

Suami pujaan hati sampai mati

Inilah dia encik suami yang sedang dirindui dan dicintai selalu *ayat tak boleh blah huhu

Terhasilnya entri ini kerana aku baru lepas berbual dengan suami, lepas letak fon, tiba tiba pulak rasa rindu. heh? normal lah kan aku rindu suami sendiri. lepas tu belek2 gallery dalam tab ni (milik suami jugak), lalu terjumpa gambar suami yang comel masa dia pergi korea tahun lalu. sudah setengah tahun aku jadi isteri dia rupanya, baru sedar ye, aku rasa macam baru kawen semalam. hhihih perasan pengantin barunyaaa!

Suami aku seorang yang x cerewet pun, dia pakai apa yang aku sudah iron, dia makan apa yang aku masak. suami aku suka tolong aku buat kerja kerja rumah, tapi kan aku selalu x sampai hati klu tgk suami aku buat kerja rumah. samalah macam aku x sampai hati tengok bapa aku buat kerja rumah jugak. masa aku sakit hari tu, lepas cuci rahim, sungguh2 aku kesian tgk suami aku cuci pinggan mangkuk, goreng mi, gosok baju sendiri. huhu sedehnyaaa. masa tu dalam hati asyik bersyukur dan bertekad untuk menambahkan mutu perkhidmatan buat suami bila sudah sihat nanti. *semangat kononnya*

Masa aku belum kerja, setiap hari aku bawakan suami bekal ke sekolah. lepas solat subuh bermulalah sesi masak memasak. oleh kerana sekolah suami jauh dari rumah, terpaksalah dia bertolak awal ke sekolah dan x sempatlah jawabnya encik suami bersarapan di rumah. lalu dia pun membawa bekal sahaja ke sekolah dan bersarapan di sekolah lah suamiku. tapi, sejak aku sudah mula bekerja, waktu pagi adalah waktu paling kelam kabut buat aku. kalau aku mahu masak untuk bekalan kami ke sekolah, seharusnya aku bangun lebih awal daripada sebelum kerja kan? oleh itu, aku bangun sebelum azan subuh lagi untuk sesi masak memasak. lepas masak, aku mandi kemudian barulah kejutkan suami, solat, bersiap2 dan terus ke sekolah. tapi kadang kadang sejak sudah kerja, kalau kami x sempat membeli barang2 dapur atau kalau aku kepenatan seharian berkursus atau mengiring budak ke mana2, suami x jugak suruh aku memasak awal pagi. dan kami pun bersarapan di kantin sekolah sahaja.

Gosok baju pula aku mesti buat waktu malam. atau kalau aku banyak masa free hujung minggu, aku gosok lah baju kami utk seminggu terus, ataupun utk 2,3 hari bekerja. soal masak memasak makanan tengahari dan malam pula, aku dan mak mertua bergilir2 memasak ikut citarasa kami. tapi keluarga mertua aku x cerewet dan x memilih pun, apa yg aku dan mak mertua masak, itulah yang dimakan. syukurlah kan? memang patut pun bersyukur. heh. kalau hujung minggu suami selalu ajak keluar dating. best sangat dating dengan suami, jalan jalan keliling bandar yang sudah berkali kali dipusing sebenarnya, tetap jugak aku rasa best. kadang2 kami tgk wayang, walaupun tempat tengok wayang tu x best, tengah syok tgk terpotong plak video, tetap jgk aku rasa best. nasib baik ada cinema baru buka, haruslah jadi salah satu tempat kami berdating nanti. yeay

Walaupun kadang2 aku rasa letih dan rasa x larat buat apa2 akibat kerja2 yang banyak di sekolah, tetapi aku gagahkan diri demi suami tercinta. dan aku bahagia bila suami rasa senang hidupnya semakin teratur sejak kehadiran aku sebagai isteri di sisinya. berbunga bunga hati i tauww. hihik

Panjangnya karangan aku, akhir kata, rindunya dengan suami.
Salam.

Tuesday, June 26, 2012

What do u feel?

Pengulangan tajuk ; what do you feel when your father is cooking, cleaning, washing dishes, and all you can do is just watching him? 

Seriuosly, i feel like to hit my face with hanger, and then punch it to the wall, and cut my hair with brushteeth and gel it with toothpaste. is that worst enough to describe my feelings to see my father doing all "homework". i tried to help anything i could, but my limited movement dont allow me to do those works perfectly.

Yes, rumah orang tua aku tiada pembantu rumah, sekarang hanya kami ber5 di rumah, bila tiba masa aku sihat dan kembali ke Tawau, tinggal bapa, mama, adik lelaki dan adik perempuan. dulu masa arwah nenek ada, aktiviti mereka kebanyakan tertumpu untuk mengurus nenek, pergi kerja, walaupun tiada pembantu rumah dan penjaga nenek yang tetap, rumah tetap terurus begitu juga nenek. mungkin kerana kebiasaan itu, bapa semakin pandai buat kerja rumah, malah semua kerja dilakukan dengan teliti dan kemas, sama seperti yang mama lakukan. tapi, aku rasa x boleh tengok bapa aku bekerja keras begitu, rasa ralat dan menyesal semakin menebal melihat dia berusaha bersungguh sungguh d dapur. apatah lagi bila bapa berpeluh peluh menyediakan makanan tengahari, rasa mahu menitis airmata aku, dan aku pun makan dengan penuh berselera sebagai tanda menghargai masakan seorang bapa yang amat aku sayangi. aku bukan bajet anak baik ok, aku cuma rasa bersalah x dapat membantu sepenuhnya di rumah kerana keadaan tidak mengizinkan. tapi xpa, apa yang aku mampu buat aku akan buat utk tenangkan hati yang sedih ini. huhu

Di samping itu aku berbangga memiliki seorang bapa yang sangat rajin, tidak pernah mengeluh untu buat kerja kerja rumah. dia sangat memahami keadaan mama yang bekerja mengikut masa pejabat. bertuahnya mama!

Rumah juga terasa kesunyian yang amat setelah arwah nenek tiada. walaupun arwah nenek hanya terbaring di satu sudut tetap, namun terbukti keberadaan nenek di rumah ini dulu cukup mengisi seluruh ruang rumah kerana segala aktiviti tertumpu kepada nenek, semua yang berada di rumah pun mempunyai peranan masing masing dalam aktiviti mengurus dan menjaga nenek. kini, semua aktiviti tersebut sudah berakhir. aku faham, bapa memerlukan sedikit masa untuk melawan kesunyian kerana dulu bapalah yang setia bersama nenek selain waktu kerjanya di sekolah.

Kasih sayang seorang nenek atau datuk kepada cucunya itu adalah suatu keajaiban dan tidak semua orang berpeluang merasakannya. aku dan adik beradik sangat bertuah kerana berpeluang merasakan ajaibnya kasih sayang datuk dan nenek sepenuhnya sejak kecil hingga dewasa. jadi, aku x hairan klu ada org yg ckp, kenapa kami terlalu bersedih atas pemergian arwah nenek, jawapannya kerana kau yang x pernah merasa ajaibnya kasih sayang sebenar daripada seorang datuk dan nenek hingga mereka tidak bernyawa lagi.

Sunday, June 24, 2012

LoveStory


Aku gembira melihat rakan-rakan melangsungkan perkahwinan. maksud aku rakan masa di sekolah menengah (MRSM Kuching). sebab dulu masa main, belajar dengan rakan rakan masih budak hingusan lagi, muka pun belum ada kematangan langsung dan bila tgk kwn kwn kahwin, terasa cepatnya masa berlalu, sebenarnya umur semakin meningkat dewasa (tapi masa majlis kahwin aku sendiri x pulak aku rasa mcm ni huhuk). mungkin beginilah perasaan kawan kawan masa tengok gambar2 kahwin aku tempoh hari. hehe apapun syukur alhamdulillah makin ramai kwn kwn yg sudah sampai seru, jd isteri dan suami org.

Sebebarnya aku mahu cerita tentang alam percintaan. sekarang ni aku tgk budak budak bercinta bagai nak rak post gambar, update status bagai, i love u i miss u di wall. sungguh bahagia mereka bercinta. well, aku pun pernah melalui zaman bercinta sebelum bergelar isteri. mula mula bercinta memang teruja mahu tunjuk sama dunia dia aku punya, kami pasangan bahagia. tapi lama kelamaan, rasa x berbaloi lah main tunjuk2/show off boyfriend lagi, sebab belum tentu lagi siapa jodoh aku. ingat, kita merancang, tapi perancangan Tuhan itu jauh lebih indah. kisah aku dgn suami pula ringkas, bercinta macam x bercinta pun, sbb aku rasa masa tu masih terlalu awal, kononnya mahu kerja dulu, enjoy zaman bujang, tolong mak bapak. tapi sungguh, perancangan Tuhan itu indah, setelah hampir sebulan aku kurang berhubung dgn suami (masa tu kira msh berkawan jer), sebabnya terlalu sibuk dgn kerja semester akhir, lagipun masa tu betul2 enjoy life dgn kwn2 sebelum tamat pengajian, tiba tiba dia mahu masuk merisik. aku masih fikir dia main main, tapi rupanya benar benarr. minggu hadapannya, dia dan keluarga terus datang merisik, 3minggu lepas tu terus masuk meminang, dan 2bulan kemudian, kami dinikahkan. sungguh, aku rasa baru mula bercinta dgn suami setelah kami bernikah, byk sbb aku rasa mcm tu. salah satunya cara kmi berkomunikasi, sangatlah seperti kawan kawan biasa, aku ko itulah yg kami guna. cuma selepas bernikah barulah semuanya berubah, dan perasaan pun sgtlah berbeza. dan bermulalah episod kami bercinta bagai nak rak selepas selesai majlis perkahwinan.

Amboi bukan main aku bercerita, apa pun, setiap orang pasti ada cerita cinta tersendiri. syukur alhamdulillah, aku sgt bersyukur dikurniakan seorang suami yang menyayangi dan memahami aku seutuhnya. semoga cinta kami semakin mekar seiring peredaran usia perkahwinan kami. aminnnn :)

Thursday, June 21, 2012

A week after operation, and losing grandma

Sudah seminggu berlalu selepas aku dibedah minggu lalu, dan genap seminggu juga arwah nenek kembali ke Rahmatullah. Alhamdulilla luka di bahagian luar semakin kering dan beransur pulih. cua bahagian dalam kadang kadang masih terasa. syabas dan tahnih buat diri sendiri sebabnya aku dengan tabah dan konsisten menelan pati ikan haruan 2 botol sehari, disamping memakan sup ikan haruan yang sedap. kalau ada yang tertanya tanya apa sebenarnya yang dibuang dari dalam perut aku, ianya sejenis ketumbuhanyang dipanggil cyst, tumbuh di sekitar ovari kiri dalam saiz lebih kurang 7x8cm. dan salah satu perkara yang aku sangat syukuri, semasa pembedahan, doktor berjaya menyelamatkan ovari kiri aku yang berkemungkinan akan dibuang sekali bersama cyst sekiranya ovari tidak dapat dipisahkan daripada cyst tersebut. i thanks Allah a lot, Alhamdulillah!

Terdapat pelbagai jenis cyst yang dikenalpasti melalui kajian secara klinikal. setiap jenis cyst tersebut mengandungi bahan yang berbeza. alhamdulillah, cyst aku yang telah dibuang itu hanya mengandungi air dan tidak merbahaya. cuma kewujudannya d sekitar rahim dan ovari agakmmengganggu sistem pembiakan.

H
Inilah cyst yg berjaya dikeluarkan oleh doktor. gambar diambil semasa pembedahan. oleh kerana aku menjalani pembedahan di pusat perubatan swasta, mudahlah kami meminta gambar tersebut dari doktor.



Friday, June 15, 2012

Perpisahan Terakhir

Sakit luka belahan di perut tidak terasa seketika suami mengkhabarkan pemergian abadi nenek yang disayangi. airmata deras menelusuri pipi kusam yg gigih melawan kesakitan kesan pembedahan 3hari yg lalu. dan akhirnya airmata buat nenda tercinta penghapus raut kesakitan di wajahku. aku bangga menjadi cucu kepada sorang nenek yang tabah melawan kesakitan bertahun lamanya, terngiang ucapan nenek yg acapkali disebut ketika saya mengurus kencing, beraknya, menyuap makan minumnya, menyapu ubat ubatannya, "tiadalah guna ni kalau begini lagi, kasi susah kamurang seja, tunggu mati seja nih". dan sering aku balas, "jgn ckp begitu nek, ndak susah juga", sambil tersenyum.

Hari jumaat yang lalu, kali terakhir aku mengucup nenek sebelum pulang menemani suami. aku sempat berpesan, nenek kuat2 makan a, makan ubat, minggu dpn aku balik lagi, kita jumpa a nek. rupanya saya hanya berkesempatan menatap wajah nenek hari ini yang suda tidak bernadi, itupun melalui 'skype', di wad pusat perubatan Raflesia. wajah arwah nenek tenang, putih berseri, seakan tidur sahaja seperti yg selalu saya lihat. saat itu saya bersyukur, kerana Tuhan telah temukan nenek titik penghujung penderitaan dan kesakitan yang ditanggung selama ini.

Nenek, semoga tenang di sana. cucumu ini akan selalu merinduimu, dan akan sentiasa mendoakanmu, selamanya menyayangimu. terima kasih nenek, kerana telah mengajar saya ilmu paling tinggi di dunia, iaitu ilmu mengasihi org tua walau dalam apa keadaan sekalipun.

i love you, nenek.


Tuesday, April 3, 2012

Wishlist



Baby, setiap pasangan pasti inginkan zuriat. aku dan suami juga begitu. kandungan pertama yang gagal tidak sedikit pun memudarkan perasaan untuk bergelar ibu. insyaAllah.

Impian terbesar setakat ini, memiliki rumah sendiri dan tinggal di rumah sendiri. untuk kami suami isteri merasa lebih berdikari mengurus rumahtangga. tapi harga rumah sekarang bukan setakat melambung tapi melompat lompat naik ke atas.

Craft corner, untuk mendapatkan keselesaan maksimum ketika menghabiskan masa dengan hobi berkraf. kalau boleh dapat bilik khas lagi bagus, tapi klu ada ruang begini pun cukup.
Oven, yg kecik cukuplah, kalau besar besar nanti makan ruang. banyak kegunaannya, membakar kek, panggang ayam dan sebagainya.

Microwave. bolehlah aku memasak awal dan panaskan bila bila masa. contohnya, masak sebelum tidur, esok tinggal panaskan untuk bekalan aku dan suami ke sekolah. hehe


Ini hanyalah impian, kemahuan dan keinginan untuk memiliki. setiap orang pun pasti ada kemahuan dan impian kan? pembohong kalau tiada :P

Friday, March 30, 2012

Isteri, menantu, cikgu... ibu?

Hidup sangat bermakna, aku cukup bahagia. tiada sebab untuk aku cemburu walau sedikit pun pada hidup org lain. aku sangat bahagia dengan apa adanya. walaupun lambat bekerja, walaupun masih perlu menjalani pembedahan, aku masih rasa terlalu beruntung dan bertuah. hingga merasakan apa yang aku miliki sudah lebih dari apa yang sepatutnya aku terima. syukur alhamdulillah.

Aku harus terus menjalani hidup untuk menjadi anak, isteri, menantu, kakak, adik dan guru yang lebih baik. masih terlalu byk yg perlu dipelajari, ilmu mengurus rumahtangga, ilmu menjalankan tanggungjawab kerja, ilmu memahami keadaan dan perasaan orang sekeliling, ilmu bertutur lebih baik, hinggalah akhlak diri yang masih byk perlu diperbaiki. biarlah kita belajar perlahan2, daripada langsung tidak berusaha :)

Berjaya di dunia hanya boleh berbangga di dunia, ilmu akhirat penentu nasib d Sana. marilah kita saling ingat mengingati.

Wednesday, March 28, 2012

Thursday, March 15, 2012

Setiap kepahitan ada kemanisan

YESTERDAY
Text message received

wawa: salam. elfere, ada jpn kol ko?

ell: tiada pula, knp jak? ko ada?

wawa: iya. aku n iza posting labuan, baru ja kena kol.

ell: ha btul ba? sepa kol ko?

wawa: jpn labuan. ko tggu ja aaa. aku doakan ko d sabah.

......................................................................................................................................

ell: nik, ko posting labuan?

iza: iya td org jpn labuan kol aku, ko?

ell: xda plak ni...huhuhu

iza: aik mungkin ko kena d tawau or kk jga sbb ko kan sakit..

ell: hehe entahla nik, tggu ja nanti...



TODAY
Incoming call: Along

Along : ui, baru ja sampai nama ko d JPN sabah, kwn abg imran kstau.

ell: ha btul ka, syukur alhamdulillah!


Kalau aku katakan bahawa aku langsung tidak runsing memikirkan tempat berkhidmat, memang itu adalah penipuan terbesar, kerana sememangnya hanya aku dan suami yang mengetahui kerunsingan apabila memikirkan hal ini, di samping hal hal lain yang juga perlu difikirkan. walaupun aku sememangnya bukan sengaja mengelakkan diri untuk pergi melapor diri, dan bukan aku yang meminta sakit, bukan aku meminta kandungan tidak menjadi, semuanya takdir yang tidak dapat dielakkan. Dan hari ini aku semakin percaya, di setiap kepahitan itu pasti (sangat pasti) ada kemanisannya. setiap yang berlaku, walaupun pahit, pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. jangan mudah membuat kesimpulan tentang hidup kita sendiri, apatah lagi hidup orang lain. Allah itu Al-ADL.

dan syukur alhamdulillah, aku semakin pulih, semakin bertenaga! Terima kasih Ya Allah :)

Monday, March 12, 2012

WHY; i am not yet working??

Assalamualaikum w.b.t...

Pada mulanya, ramai yang bertanya kenapa belum kerja? belum lapor diri? dan aku perlu menjawab setiap soalan mereka dengan jawapan yang sama disertai dengan beberapa informasi terbaru tentang keadaan diri aku. oleh itu, aku ingin membuat rentetan perjalanan hidup sejak mula berkahwin.

25/12/2011 = Majlis pernikahan dan kenduri kesyukuran di kg halaman (Kota Marudu, Sabah).

31/12/2011 = Majlis resepsi di kg halaman suami (Kg. Jawa Kongsi 10, Tawau, Sabah).

10/01/2012 = Keluar info tentang Negeri penempatan di mana aku harus berkhidmat- SARAWAK.

15/01/2012 = Aku dan suami bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib membuat rayuan pertukaran negeri penempatan di KPM Putrajaya. semangat suami yang tinggi untuk mencuba dan tidak berputus asa sebelum mencuba membuatkan aku juga bersemangat. dan keputusannya- rayuan ditolak, malah KPP menawarkan untuk memindahkan suami ke Sarawak untuk berkhidmat bersama isteri di sana.

18/01/2012 = Penempatan sekolah diumumkan, SK. Methodist, Kapit, Sarawak. aku dan suami semakin akur, mesti ada hikmahnya aku ditempatkan di sana. kami mula membuat persiapan untuk berangkat ke Kapit, membeli tiket, menguruskan dokumen2 yang diperlukan semasa melapor diri kelak.

21/01/2012 = Pada subuh 21 haribulan, aku membuat 'one step urine pregnancy test' kerana kelewatan haid sejak haid terakhir aku seminggu sebelum akad nikah. dan keputusannya- POSITIF! sedangkan pada hari ini ialah hari kami pulang ke kota kinabalu untuk cuti Tahun Baru Cina, dan aku sepatutnya terus berlepas ke Sibu bersama rakan rakan pada 24hb. aku dan suami sangat bersyukur dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan. tengahari, kami berlepas pulang ke kota kinabalu dan terus ke kampung, kota marudu bersama barang barang aku untuk ke Kapit.

22/01/2012 = Along mengingatkan untuk terus membuat 'pregnancy scan' untuk mengelakkan sebarang masalah pada kandungan, contohnya kandungan luar rahim dan sebagainya. oleh itu aku dan suami pergi ke klinik Dr. Lee di kota marudu. hasilnya, doktor menemukan satu ketumbuhan di bahagian kiri rahim sebesar 7x8cm. doktor memberi surat rujukan untuk berjumpa pakar di mana mana klinik swasta atau kerajaan untuk mendapatkan rawatan lanjut. aku dan suami agak tergamam dengan kenyataan doktor. di rumah, bapa menyarankan untuk segera pergi ke pusat rawatan Rafflesia. setelah suami dan bapa berbincang, perjalanan aku ke Kapit ditunda sehingga selesai berjumpa pakar. dan perjalanan aku ke Kapit yang sepatutnya berlaku pada 24hb, kini tidak berlaku.

27/01/2012 = Keluarga aku membuat sedikit kenduri doa selamat. terima kasih keluarga..!

28/01/2012 = Aku, suami, mama dan bapa pergi ke pusat rawatan Rafflesia berdasarkan temujanji yang telah dibuat beberapa hari yang lalu. hasilnya, ketumbuhan tersebut ialah Cyst, ianya berada di ovari kiri, manakala kandungan terjadi di ovari kanan. oleh kerana saiz cyst yang agak besar, ia harus dibuang melalui pembedahan, tetapi pembedahan hanya akan dilakukan apabila kandungan memasuki trimester kedua iaitu pada minggu ke-12 atau 16 kandungan. doktor menyarankan kami pergi ke hospital kerajaan dan melakukan pembedahan di sana atas faktor kos dan pekerjaan suami sebagai penjawat awam.

30/01/2012 = suami sepatutnya mula bekerja pada hari ini, tetapi dia tegas mahu membawa aku ke hospital wanita dan kanak-kanak Likas secepat mungkin. kami pun pergi ke hospital likas. hasilnya sama seperti hasil dari pusat rawatan Raflesia berkenaan pembedahan. pihak hospital memberikan temujanji di klinik pakar O&G 2 minggu akan datang. menurut doktor, temujanji 2 minggu sekali adalah perlu sehingga pembedahan dijalankan untuk memantau keadaan kandungan dan ketumbuhan.

31/01/2012 = aku dan suami berlepas pulang ke Tawau, kerana keesokan harinya suami perlu bekerja. suami membelikan tiket ke kota kinabalu untuk temujanji seterusnya pada 9/02/2012.

1/02/2012 = suami membatalkan perjalanan ke Korea Selatan sebagai hadiah percutian perkahwinan kami memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan pada waktu itu. suami juga mula membuat surat rayuan permohonan pertukaran sekali lagi berkenaan ketumbuhan. dan aku, sentiasa yakin dengan keputusan suami, selagi keputusan suami tidak melanggar hukum hakam agama dan larangan-Nya.

8/02/2012 = aku berlepas ke kota kinabalu untuk menghadiri temujanji di klinik pakar hospital likas seorang diri, kerana suami bekerja.

9/02/2012 = setelah berjumpa doktor, hasilnya agak menganggu emosi dan perasaan aku. sungguh, aku menangis di lapangan hospital. doktor membuat pemeriksaan ultrasound melalui perut, dan tidak nampak janin di dalam kantung, kemudian doktor membuat scan dari bawah (3D) untuk melihat dengan lebih jelas, tetapi hasilnya sama. doktor menyatakan bahawa kantung janin kosong dan kemungkinan saya mengalami delayed miscarriage sekiranya kantung terus kosong. sepatutnya pada hari ini kandungan sudah mencecah minggu ke-9 dan sepatutnya jantung dan bentuk janin sudah kenampakan. hanya Allah yang tahu perasaan aku, biarlah tiada yang mengerti. sekiranya pada temujanji 2minggu akan datang kantung masih kosong, rahim perlu dicuci dan mungkin pembedahan akan terus dilakukan untuk membuang cyst (ovarian tumor). secara jujurnya, pada masa ini aku sudah tidak terfikir lagi tentang penempatan di Kapit, Sarawak.

11/02/2012 = aku berlepas pulang ke Tawau. dan dengan serta merta suami membuat keputusan untuk berangkat ke Korea pada minggu hadapan apabila merasakan tekanan, kegelisahan, kesedihan dan kecelaruan kami bersama sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

12/02/2012 = suami mengajak membeli barang-barang keperluan untuk berangkat ke korea. walaupun hati tidak teruja mana, mengenangkan kandungan yang kosong, aku gembirakan hati demi suami tercinta.

13/02/2012 = aku dan suami berlepas ke Kuala Lumpur.

14/02/2012 = aku, suami, kakak ipar dan beberapa orang rakan mereka berlepas ke korea selatan. dengan harapan segala tekanan dan kekusutan berakhir dengan percutian singkat ini, biarpun dengan pelbagai tanggapan orang lain.

20/02/2012 = aku dan suami berangkat pulang dari korea ke kuala lumpur.

21/02/2012 = kami berlepas dari kuala lumpur ke kota kinabalu. aku tinggal di kota kinabalu untuk temujanji seterusnya di klinik pakar, dan suami berlepas ke Tawau kerana mula bekerja keesokan hari.

23/02/2012 = aku sudah bersedia dengan apa kemungkinan pun, dan ternyata kandungan aku kosong dan rahim perlu dicuci. aku redha. doktor memindahkan temujanji ke hospital tawau memandangkan jadual pembedahan yang padat di hospital likas.

25/02/2012 = temujanji dengan doktor di pusat rawatan rafflesia, dan hasilnya sama. kandungan aku kosong, rahim perlu dicuci. hal ini terjadi kerana tidak semua telur yang tersenyawa adalah telur yang matang, oleh itu persenyawaan yang berlaku adalah tidak sempurna. doktor memberi penerangan tentang ovari kiri yang kemungkinan akan turut dibuang bersama ovarian tumor semasa pembedahan kerana saiz ketumbuhan agak besar dan meliputi ovari kiri. doktor menasihatkan aku mencuci rahim, setelah hormon stabil, sekiranya ketumbuhan mengecut, kemungkinan untuk menyelamatkan ovari kiri adalah besar.

26/02/2012 = aku berlepas pulang ke tawau. suami juga redha dengan segala ketentuan. dan aku masih tidak mengalami sebarang pendarahan, mengikut doktor, pendarahan mungkin akan berlaku dalam 2minggu ini kerana kantung tidak diambil alih oleh janin.

27/02/2012 = aku pergi ke hospital tawau bersama surat rujukan dari hospital likas. doktor menyatakan perkara yang sama tentang pendarahan yang mungkin akan berlaku dalam minggu ini atau minggu depan. temujanji seterusnya ialah pada 2/03/2012.

29/02/2012 = aku mula mengalami pendarahan, tetapi sedikit. suami membawa aku ke hospital dan doktor menyatakan ianya belum gugur lagi, dan menyarankan sehingga berjumpa pakar pada 2hb.

2/03/2012 = aku dan suami menghadiri temujanji bersama pakar, seperti yang telah diduga, doktor menyarankan aku terus mencuci rahim kerana takut berlaku infection. doktor juga memberi pendapat untuk sekaligus menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan, tetapi suami tidak bersetuju apabila teringat saranan doktor pakar di pusat rawatan rafflesia untuk menyelamatkan ovari kiri. and im admitted at tawau hospital today. suami banyak memberi semangat, syukur alhamdulillah. dan, aku telah disuntik sebanyak 4 kali hanya untuk mengambil darah.

3/03/2012 = awal pagi, doktor menyatakan sampel darah aku semalam telah di'reject' oleh makmal dan perlu mengambil darah semula. dan sekali lagi, aku disuntik sebanyak 4 kali lagi, total suntikan= 8. setelah keputusan ujian darah keluar, barulah doktor memasukkan ubat untuk menjatuhkan kantung, supaya proses memcuci rahim lebih mudah dan bersih. beberapa jam kemudian, aku mengalami pendarahan yang agak 'ekstrim', berketul ketul dan kemungkinan kantung telah pun jatuh. mujur ada suami di sisi. aku menanti giliran untuk masuk ke bilik pembedahan, sepanjang penantian, pendarahan tidak berhenti, sekali lagi, mujurlah suami di sisi. pukul 5 petang barulah aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. dibius separuh badan, i was shivering a lot dan kemudian disuntik ubat tidur. aku hanya sedar pada lewat malam, suami datang memberi makan. alhamdulillah satu prosedur selesai aku jalani... tengah malam, aku bersendirian menghadapi kesakitan akibat implikasi bius yang disuntik di tulang belakang. berpeluh sejuk, sesak nafas, kejang badan, ya Allah aku insaf...

4/03/2012 = awal pagi suami dan ibu mertua datang memberi makan. alhamdulillah rasa semakin pulih. setelah doktor memeriksa, aku dibenarkan pulang ke rumah kerana pendarahan kurang.

5/03/2012 = aku mula berpantang, sama seperti orang selepas bersalin. suami, mertua dan ibu bapa sangat mengambil berat. dan oh jutaan terima kasih buat sesiapa yang sudi bertanya khabar dan memberi kata semangat.

dan hari ini, 12/3/2012 aku sepatutnya berada di kuala lumpur untuk menghadiri upacara konvokesyen. tetapi keadaan tidak mengizinkan, aku redha dengan takdir yang telah ditetapkan. selepas berpantang aku dan suami akan memikirkan tentang pembedahan pula, samada untuk menjalankan pembedahan di pusat rawatan raflesia atau d tawau.

Dan sekarang ini, setelah kamu membaca rentetan usaha aku demi tugas dan keadaan kesihatan, bagaimana aku harus berfikir tentang berkhidmat di Kapit Sarawak, yang perlu menaiki bot selama 4jam dari Sibu, jauh dari suami, jauh dari keluarga..? bagaimana untuk aku memaksa diri ini untuk melapor diri, sedangkan suami aku tidak mengizinkan atas faktor yang munasabah bagi aku. dengan keadaan emosi aku yang tidak menentu dan tekanan yang bertubi tubi, aku hanya perpegang pada doa dan panduan seorang suami, kerana aku sendiri tidak mampu membuat keputusan untuk diri aku sendiri di saat aku terpaksa menghadapi segalanya dalam satu masa. suami sentiasa mengingatkan aku untuk terus bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang, kerana mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang jauh lebih baik di masa akan datang, tidak kiralah rezeki dari segi pekerjaan ataupun zuriat, kami serahkan pada Allah.

Dan aku sememangnya wajib bersyukur, kerana aku dikurniakan suami yang sentiasa membimbing aku ketika aku diulit kekalutan dan kesedihan, juga keluarga yang sentiasa menyokong setiap apa yang kami suami isteri lakukan... syukur alhamdulillah ya Allah...

Aku doakan kepada sesiapa yang membaca ini tidak akan mengalami kesulitan seperti yang aku alami, kerana kesulitan ini walaupun mungkin di mata orang lain agak mudah, tetapi bagi aku yang baru sahaja memulakan hidup baru bersama suami, baru membina rumahtangga, ianya agak mengalutkan diri dan perasaan aku. tapi aku bersyukur, kerana aku beruntung, terpilih olehNya untuk merasai ujian dan dugaan yang mungkin hanya sekecil batu bagiNya, sebagai peringatan untuk aku dan suami, agar melalui hidup yang lebih tenang...


Demi Allah karangan atau taipan aku ini ialah kisah benar, yang setiapnya ada bukti, bukanlah sengaja aku ada adakan untuk meminta perhatian, jauh sekali meraih simpati.


Sekian untuk karangan yang panjang ini :)