Monday, March 12, 2012

WHY; i am not yet working??

Assalamualaikum w.b.t...

Pada mulanya, ramai yang bertanya kenapa belum kerja? belum lapor diri? dan aku perlu menjawab setiap soalan mereka dengan jawapan yang sama disertai dengan beberapa informasi terbaru tentang keadaan diri aku. oleh itu, aku ingin membuat rentetan perjalanan hidup sejak mula berkahwin.

25/12/2011 = Majlis pernikahan dan kenduri kesyukuran di kg halaman (Kota Marudu, Sabah).

31/12/2011 = Majlis resepsi di kg halaman suami (Kg. Jawa Kongsi 10, Tawau, Sabah).

10/01/2012 = Keluar info tentang Negeri penempatan di mana aku harus berkhidmat- SARAWAK.

15/01/2012 = Aku dan suami bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib membuat rayuan pertukaran negeri penempatan di KPM Putrajaya. semangat suami yang tinggi untuk mencuba dan tidak berputus asa sebelum mencuba membuatkan aku juga bersemangat. dan keputusannya- rayuan ditolak, malah KPP menawarkan untuk memindahkan suami ke Sarawak untuk berkhidmat bersama isteri di sana.

18/01/2012 = Penempatan sekolah diumumkan, SK. Methodist, Kapit, Sarawak. aku dan suami semakin akur, mesti ada hikmahnya aku ditempatkan di sana. kami mula membuat persiapan untuk berangkat ke Kapit, membeli tiket, menguruskan dokumen2 yang diperlukan semasa melapor diri kelak.

21/01/2012 = Pada subuh 21 haribulan, aku membuat 'one step urine pregnancy test' kerana kelewatan haid sejak haid terakhir aku seminggu sebelum akad nikah. dan keputusannya- POSITIF! sedangkan pada hari ini ialah hari kami pulang ke kota kinabalu untuk cuti Tahun Baru Cina, dan aku sepatutnya terus berlepas ke Sibu bersama rakan rakan pada 24hb. aku dan suami sangat bersyukur dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan. tengahari, kami berlepas pulang ke kota kinabalu dan terus ke kampung, kota marudu bersama barang barang aku untuk ke Kapit.

22/01/2012 = Along mengingatkan untuk terus membuat 'pregnancy scan' untuk mengelakkan sebarang masalah pada kandungan, contohnya kandungan luar rahim dan sebagainya. oleh itu aku dan suami pergi ke klinik Dr. Lee di kota marudu. hasilnya, doktor menemukan satu ketumbuhan di bahagian kiri rahim sebesar 7x8cm. doktor memberi surat rujukan untuk berjumpa pakar di mana mana klinik swasta atau kerajaan untuk mendapatkan rawatan lanjut. aku dan suami agak tergamam dengan kenyataan doktor. di rumah, bapa menyarankan untuk segera pergi ke pusat rawatan Rafflesia. setelah suami dan bapa berbincang, perjalanan aku ke Kapit ditunda sehingga selesai berjumpa pakar. dan perjalanan aku ke Kapit yang sepatutnya berlaku pada 24hb, kini tidak berlaku.

27/01/2012 = Keluarga aku membuat sedikit kenduri doa selamat. terima kasih keluarga..!

28/01/2012 = Aku, suami, mama dan bapa pergi ke pusat rawatan Rafflesia berdasarkan temujanji yang telah dibuat beberapa hari yang lalu. hasilnya, ketumbuhan tersebut ialah Cyst, ianya berada di ovari kiri, manakala kandungan terjadi di ovari kanan. oleh kerana saiz cyst yang agak besar, ia harus dibuang melalui pembedahan, tetapi pembedahan hanya akan dilakukan apabila kandungan memasuki trimester kedua iaitu pada minggu ke-12 atau 16 kandungan. doktor menyarankan kami pergi ke hospital kerajaan dan melakukan pembedahan di sana atas faktor kos dan pekerjaan suami sebagai penjawat awam.

30/01/2012 = suami sepatutnya mula bekerja pada hari ini, tetapi dia tegas mahu membawa aku ke hospital wanita dan kanak-kanak Likas secepat mungkin. kami pun pergi ke hospital likas. hasilnya sama seperti hasil dari pusat rawatan Raflesia berkenaan pembedahan. pihak hospital memberikan temujanji di klinik pakar O&G 2 minggu akan datang. menurut doktor, temujanji 2 minggu sekali adalah perlu sehingga pembedahan dijalankan untuk memantau keadaan kandungan dan ketumbuhan.

31/01/2012 = aku dan suami berlepas pulang ke Tawau, kerana keesokan harinya suami perlu bekerja. suami membelikan tiket ke kota kinabalu untuk temujanji seterusnya pada 9/02/2012.

1/02/2012 = suami membatalkan perjalanan ke Korea Selatan sebagai hadiah percutian perkahwinan kami memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan pada waktu itu. suami juga mula membuat surat rayuan permohonan pertukaran sekali lagi berkenaan ketumbuhan. dan aku, sentiasa yakin dengan keputusan suami, selagi keputusan suami tidak melanggar hukum hakam agama dan larangan-Nya.

8/02/2012 = aku berlepas ke kota kinabalu untuk menghadiri temujanji di klinik pakar hospital likas seorang diri, kerana suami bekerja.

9/02/2012 = setelah berjumpa doktor, hasilnya agak menganggu emosi dan perasaan aku. sungguh, aku menangis di lapangan hospital. doktor membuat pemeriksaan ultrasound melalui perut, dan tidak nampak janin di dalam kantung, kemudian doktor membuat scan dari bawah (3D) untuk melihat dengan lebih jelas, tetapi hasilnya sama. doktor menyatakan bahawa kantung janin kosong dan kemungkinan saya mengalami delayed miscarriage sekiranya kantung terus kosong. sepatutnya pada hari ini kandungan sudah mencecah minggu ke-9 dan sepatutnya jantung dan bentuk janin sudah kenampakan. hanya Allah yang tahu perasaan aku, biarlah tiada yang mengerti. sekiranya pada temujanji 2minggu akan datang kantung masih kosong, rahim perlu dicuci dan mungkin pembedahan akan terus dilakukan untuk membuang cyst (ovarian tumor). secara jujurnya, pada masa ini aku sudah tidak terfikir lagi tentang penempatan di Kapit, Sarawak.

11/02/2012 = aku berlepas pulang ke Tawau. dan dengan serta merta suami membuat keputusan untuk berangkat ke Korea pada minggu hadapan apabila merasakan tekanan, kegelisahan, kesedihan dan kecelaruan kami bersama sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

12/02/2012 = suami mengajak membeli barang-barang keperluan untuk berangkat ke korea. walaupun hati tidak teruja mana, mengenangkan kandungan yang kosong, aku gembirakan hati demi suami tercinta.

13/02/2012 = aku dan suami berlepas ke Kuala Lumpur.

14/02/2012 = aku, suami, kakak ipar dan beberapa orang rakan mereka berlepas ke korea selatan. dengan harapan segala tekanan dan kekusutan berakhir dengan percutian singkat ini, biarpun dengan pelbagai tanggapan orang lain.

20/02/2012 = aku dan suami berangkat pulang dari korea ke kuala lumpur.

21/02/2012 = kami berlepas dari kuala lumpur ke kota kinabalu. aku tinggal di kota kinabalu untuk temujanji seterusnya di klinik pakar, dan suami berlepas ke Tawau kerana mula bekerja keesokan hari.

23/02/2012 = aku sudah bersedia dengan apa kemungkinan pun, dan ternyata kandungan aku kosong dan rahim perlu dicuci. aku redha. doktor memindahkan temujanji ke hospital tawau memandangkan jadual pembedahan yang padat di hospital likas.

25/02/2012 = temujanji dengan doktor di pusat rawatan rafflesia, dan hasilnya sama. kandungan aku kosong, rahim perlu dicuci. hal ini terjadi kerana tidak semua telur yang tersenyawa adalah telur yang matang, oleh itu persenyawaan yang berlaku adalah tidak sempurna. doktor memberi penerangan tentang ovari kiri yang kemungkinan akan turut dibuang bersama ovarian tumor semasa pembedahan kerana saiz ketumbuhan agak besar dan meliputi ovari kiri. doktor menasihatkan aku mencuci rahim, setelah hormon stabil, sekiranya ketumbuhan mengecut, kemungkinan untuk menyelamatkan ovari kiri adalah besar.

26/02/2012 = aku berlepas pulang ke tawau. suami juga redha dengan segala ketentuan. dan aku masih tidak mengalami sebarang pendarahan, mengikut doktor, pendarahan mungkin akan berlaku dalam 2minggu ini kerana kantung tidak diambil alih oleh janin.

27/02/2012 = aku pergi ke hospital tawau bersama surat rujukan dari hospital likas. doktor menyatakan perkara yang sama tentang pendarahan yang mungkin akan berlaku dalam minggu ini atau minggu depan. temujanji seterusnya ialah pada 2/03/2012.

29/02/2012 = aku mula mengalami pendarahan, tetapi sedikit. suami membawa aku ke hospital dan doktor menyatakan ianya belum gugur lagi, dan menyarankan sehingga berjumpa pakar pada 2hb.

2/03/2012 = aku dan suami menghadiri temujanji bersama pakar, seperti yang telah diduga, doktor menyarankan aku terus mencuci rahim kerana takut berlaku infection. doktor juga memberi pendapat untuk sekaligus menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan, tetapi suami tidak bersetuju apabila teringat saranan doktor pakar di pusat rawatan rafflesia untuk menyelamatkan ovari kiri. and im admitted at tawau hospital today. suami banyak memberi semangat, syukur alhamdulillah. dan, aku telah disuntik sebanyak 4 kali hanya untuk mengambil darah.

3/03/2012 = awal pagi, doktor menyatakan sampel darah aku semalam telah di'reject' oleh makmal dan perlu mengambil darah semula. dan sekali lagi, aku disuntik sebanyak 4 kali lagi, total suntikan= 8. setelah keputusan ujian darah keluar, barulah doktor memasukkan ubat untuk menjatuhkan kantung, supaya proses memcuci rahim lebih mudah dan bersih. beberapa jam kemudian, aku mengalami pendarahan yang agak 'ekstrim', berketul ketul dan kemungkinan kantung telah pun jatuh. mujur ada suami di sisi. aku menanti giliran untuk masuk ke bilik pembedahan, sepanjang penantian, pendarahan tidak berhenti, sekali lagi, mujurlah suami di sisi. pukul 5 petang barulah aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. dibius separuh badan, i was shivering a lot dan kemudian disuntik ubat tidur. aku hanya sedar pada lewat malam, suami datang memberi makan. alhamdulillah satu prosedur selesai aku jalani... tengah malam, aku bersendirian menghadapi kesakitan akibat implikasi bius yang disuntik di tulang belakang. berpeluh sejuk, sesak nafas, kejang badan, ya Allah aku insaf...

4/03/2012 = awal pagi suami dan ibu mertua datang memberi makan. alhamdulillah rasa semakin pulih. setelah doktor memeriksa, aku dibenarkan pulang ke rumah kerana pendarahan kurang.

5/03/2012 = aku mula berpantang, sama seperti orang selepas bersalin. suami, mertua dan ibu bapa sangat mengambil berat. dan oh jutaan terima kasih buat sesiapa yang sudi bertanya khabar dan memberi kata semangat.

dan hari ini, 12/3/2012 aku sepatutnya berada di kuala lumpur untuk menghadiri upacara konvokesyen. tetapi keadaan tidak mengizinkan, aku redha dengan takdir yang telah ditetapkan. selepas berpantang aku dan suami akan memikirkan tentang pembedahan pula, samada untuk menjalankan pembedahan di pusat rawatan raflesia atau d tawau.

Dan sekarang ini, setelah kamu membaca rentetan usaha aku demi tugas dan keadaan kesihatan, bagaimana aku harus berfikir tentang berkhidmat di Kapit Sarawak, yang perlu menaiki bot selama 4jam dari Sibu, jauh dari suami, jauh dari keluarga..? bagaimana untuk aku memaksa diri ini untuk melapor diri, sedangkan suami aku tidak mengizinkan atas faktor yang munasabah bagi aku. dengan keadaan emosi aku yang tidak menentu dan tekanan yang bertubi tubi, aku hanya perpegang pada doa dan panduan seorang suami, kerana aku sendiri tidak mampu membuat keputusan untuk diri aku sendiri di saat aku terpaksa menghadapi segalanya dalam satu masa. suami sentiasa mengingatkan aku untuk terus bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang, kerana mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang jauh lebih baik di masa akan datang, tidak kiralah rezeki dari segi pekerjaan ataupun zuriat, kami serahkan pada Allah.

Dan aku sememangnya wajib bersyukur, kerana aku dikurniakan suami yang sentiasa membimbing aku ketika aku diulit kekalutan dan kesedihan, juga keluarga yang sentiasa menyokong setiap apa yang kami suami isteri lakukan... syukur alhamdulillah ya Allah...

Aku doakan kepada sesiapa yang membaca ini tidak akan mengalami kesulitan seperti yang aku alami, kerana kesulitan ini walaupun mungkin di mata orang lain agak mudah, tetapi bagi aku yang baru sahaja memulakan hidup baru bersama suami, baru membina rumahtangga, ianya agak mengalutkan diri dan perasaan aku. tapi aku bersyukur, kerana aku beruntung, terpilih olehNya untuk merasai ujian dan dugaan yang mungkin hanya sekecil batu bagiNya, sebagai peringatan untuk aku dan suami, agar melalui hidup yang lebih tenang...


Demi Allah karangan atau taipan aku ini ialah kisah benar, yang setiapnya ada bukti, bukanlah sengaja aku ada adakan untuk meminta perhatian, jauh sekali meraih simpati.


Sekian untuk karangan yang panjang ini :)


5 comments:

ana:) said...

dear ell,
i've read all of it..
takziah ell, wish u all d best in life,
semoga dipermudahkn urusan ell,
about ur blood, no worries, it is so little compared to what ur body can regenerate.. i can assure u tht.. jaga kesihatan ell, love u.. ana

Awan said...

dearest ell...
setiap kesulitan ada kemudahan...setiap kesusahan akan ada kesenangan.kesusahan takkan berkekalan..sabar&doa slalu ;)ujian ALLAH, ada hikmah dsebalik.Be strong ok!T8care slalu,sihat slalu..cpt2 sihat2 ok.^_^

Wynda said...

dear kak Ell..
hopefully with the trials that u been through both of you will be strong and do have faith in Him.. will pray for you.. be strong kak^^

anak ayah said...

tiada kata yang dapat me mention kat sini.

terasa sakit sgt even bukan me yg kena. be strong kak ell. love you.

hope u'll get a more n better rezeki.
rezeki allah kita tak tahu. tapi redhalah dgn setiap ketentuan illahi.

take care kak =')

elL said...

ana, thanks a lot for ur advice.. and please, who are u..? u didnt left any link or url. thanks again ok? love u too


awan,lizah ka tok? thankssss zah.insyaAllah everything gonna be okay soon:)

wynda, thank u so much dear!

eyqa, redha itu suda semestinya, btw thankss darling! love u moree