Aku gembira melihat rakan-rakan melangsungkan perkahwinan. maksud aku rakan masa di sekolah menengah (MRSM Kuching). sebab dulu masa main, belajar dengan rakan rakan masih budak hingusan lagi, muka pun belum ada kematangan langsung dan bila tgk kwn kwn kahwin, terasa cepatnya masa berlalu, sebenarnya umur semakin meningkat dewasa (tapi masa majlis kahwin aku sendiri x pulak aku rasa mcm ni huhuk). mungkin beginilah perasaan kawan kawan masa tengok gambar2 kahwin aku tempoh hari. hehe apapun syukur alhamdulillah makin ramai kwn kwn yg sudah sampai seru, jd isteri dan suami org.
Sebebarnya aku mahu cerita tentang alam percintaan. sekarang ni aku tgk budak budak bercinta bagai nak rak post gambar, update status bagai, i love u i miss u di wall. sungguh bahagia mereka bercinta. well, aku pun pernah melalui zaman bercinta sebelum bergelar isteri. mula mula bercinta memang teruja mahu tunjuk sama dunia dia aku punya, kami pasangan bahagia. tapi lama kelamaan, rasa x berbaloi lah main tunjuk2/show off boyfriend lagi, sebab belum tentu lagi siapa jodoh aku. ingat, kita merancang, tapi perancangan Tuhan itu jauh lebih indah. kisah aku dgn suami pula ringkas, bercinta macam x bercinta pun, sbb aku rasa masa tu masih terlalu awal, kononnya mahu kerja dulu, enjoy zaman bujang, tolong mak bapak. tapi sungguh, perancangan Tuhan itu indah, setelah hampir sebulan aku kurang berhubung dgn suami (masa tu kira msh berkawan jer), sebabnya terlalu sibuk dgn kerja semester akhir, lagipun masa tu betul2 enjoy life dgn kwn2 sebelum tamat pengajian, tiba tiba dia mahu masuk merisik. aku masih fikir dia main main, tapi rupanya benar benarr. minggu hadapannya, dia dan keluarga terus datang merisik, 3minggu lepas tu terus masuk meminang, dan 2bulan kemudian, kami dinikahkan. sungguh, aku rasa baru mula bercinta dgn suami setelah kami bernikah, byk sbb aku rasa mcm tu. salah satunya cara kmi berkomunikasi, sangatlah seperti kawan kawan biasa, aku ko itulah yg kami guna. cuma selepas bernikah barulah semuanya berubah, dan perasaan pun sgtlah berbeza. dan bermulalah episod kami bercinta bagai nak rak selepas selesai majlis perkahwinan.
Amboi bukan main aku bercerita, apa pun, setiap orang pasti ada cerita cinta tersendiri. syukur alhamdulillah, aku sgt bersyukur dikurniakan seorang suami yang menyayangi dan memahami aku seutuhnya. semoga cinta kami semakin mekar seiring peredaran usia perkahwinan kami. aminnnn :)
Amboi bukan main aku bercerita, apa pun, setiap orang pasti ada cerita cinta tersendiri. syukur alhamdulillah, aku sgt bersyukur dikurniakan seorang suami yang menyayangi dan memahami aku seutuhnya. semoga cinta kami semakin mekar seiring peredaran usia perkahwinan kami. aminnnn :)
2 comments:
lg best b'cinta lps kawen kan...? hee ^_^
betul tu, best sgt! u should try it, hehe
Post a Comment