Kali ini terasa seperti amat berbeza. Entah Kenapa.
Yang pasti aku bukan lagi kanak-kanak yang riang bermain bunaga api, sibuk menghiasi laman dengan pelita.
Ya. Aku bukan lagi seperti itu. Kini aku sudah semakin dewasa. Melangkah ke alam-20 an ini merupakan suatu perubahan yang begitu mendadak. Dan aku sedar bahawa aku harus selalu mengingatkan diri, aku bukan lagi kanak-kanak. Zaman itu telah pun berlalu.
Terasa seperti ingin ku ulangi kisah riang itu, ingin ku kembali ke zaman kecil itu.
Tetapi. Aku tahu ianya hanya akn terus menjadi sebuah sejarah yang pernah terlakar dalam kisah hidupku.
Aku kini adalah yang dewasa. Yang sudah sepatutnya menjadi tulang belakang mama untuk membereskan kerja-kerja rumah. Aku punya kakak-kakak, dan semuanya telah mempunyai keluarga masing-masing. Oleh itu, aku sedar tentang tanggungjawab. Lalu aku selalu ingin cuba bertindak di atas nama bahawa aku punya tanggungjawab itu.
Tetapi. Aku mula takut.
Aku mula takut untuk menghadapi kesunyian di rumah sendiri.
Aku mula gelisah sekiranya aku tidak berkesempatan untuk bertemu lagi dengan adik-beradik.
Aku mula gusar untuk memikirkan sekiranya aku ditinggalkan oleh dua orang insan yang paling aku sayangi.
Aku mula menangis di atas sebuah perpisahan yang sementara.
Aku mula sedar bahawa aku semakin tidak punya masa yang panjang untuk semuanya.
Dan lebaran ini adalah titik permulaan untuk semua itu. Lebaran ini banyak mengajar aku tentang kehidupan. Lebaran ini membuatkan aku terfikir tentang banyak perkara.
Aku insan biasa. Tidak lari daripada perasaan. Aku seorang anak perempuan. Yang sudah terbiasa dengan keluarga yang ramai ini. Dan aku seorang gadis yang semakin dewasa, mula mengerti tentang hakikat sebuah kehidupan.
Dan lebaran ini berlalu. Semoga aku menjadi semakin tabah.
Tuhan, aku memohon pada-Mu. Agar aku kuat untuk menerima hakikat yang telah Engkau tuliskan dalam kehidupan kami sekeluarga.
.AMIN.

No comments:
Post a Comment