Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Tuesday, October 28, 2008

Selamat Hari Deepavali~

Walaupun terasa seperti agak kurang sihat dengan cuaca yang dingin. Ku gagahi kaki melangkah untuk memeriahkan majlis rumah terbuka Sir Thillai sempena Hari Deepavali. Kelainan terasa kerana budaya berbeza. Sekalipun berbeza, tetap ada yang sama. Semuanya manusia biasa. Kami dihidangkan dengan nasi, kari ayam, kari daging kambing, acar, puding dan bermacam-macam jenis makanan ringan sebagai pencuci mulut. Semuanya sedap-sedap belaka. Seronok walaupun agak tidak berselera, bukan kerana apa, cuma tekak terasa perit. Waah, daughter and sons of Sir Thillai were so friendly. So kind and all are talkative. And his beautiful wife is so nice..=)
Sempat terjumpa dengan beberapa keluarga India, mungkin sahabat handai ataupun kaum keluarga Sir Thillai. Pertama kali menghadiri majlis sempena Deepavali. And it was so exciting.
=)


Saturday, October 4, 2008

Berlalunya Lebaran.

Tidak seperti lebaran yg lepas.
Kali ini terasa seperti amat berbeza. Entah Kenapa.
Yang pasti aku bukan lagi kanak-kanak yang riang bermain bunaga api, sibuk menghiasi laman dengan pelita.
Ya. Aku bukan lagi seperti itu. Kini aku sudah semakin dewasa. Melangkah ke alam-20 an ini merupakan suatu perubahan yang begitu mendadak. Dan aku sedar bahawa aku harus selalu mengingatkan diri, aku bukan lagi kanak-kanak. Zaman itu telah pun berlalu.
Terasa seperti ingin ku ulangi kisah riang itu, ingin ku kembali ke zaman kecil itu.
Tetapi. Aku tahu ianya hanya akn terus menjadi sebuah sejarah yang pernah terlakar dalam kisah hidupku.
Aku kini adalah yang dewasa. Yang sudah sepatutnya menjadi tulang belakang mama untuk membereskan kerja-kerja rumah. Aku punya kakak-kakak, dan semuanya telah mempunyai keluarga masing-masing. Oleh itu, aku sedar tentang tanggungjawab. Lalu aku selalu ingin cuba bertindak di atas nama bahawa aku punya tanggungjawab itu.
Tetapi. Aku mula takut.
Aku mula takut untuk menghadapi kesunyian di rumah sendiri.
Aku mula gelisah sekiranya aku tidak berkesempatan untuk bertemu lagi dengan adik-beradik.
Aku mula gusar untuk memikirkan sekiranya aku ditinggalkan oleh dua orang insan yang paling aku sayangi.
Aku mula menangis di atas sebuah perpisahan yang sementara.
Aku mula sedar bahawa aku semakin tidak punya masa yang panjang untuk semuanya.
Dan lebaran ini adalah titik permulaan untuk semua itu. Lebaran ini banyak mengajar aku tentang kehidupan. Lebaran ini membuatkan aku terfikir tentang banyak perkara.
Aku insan biasa. Tidak lari daripada perasaan. Aku seorang anak perempuan. Yang sudah terbiasa dengan keluarga yang ramai ini. Dan aku seorang gadis yang semakin dewasa, mula mengerti tentang hakikat sebuah kehidupan.
Dan lebaran ini berlalu. Semoga aku menjadi semakin tabah.
Tuhan, aku memohon pada-Mu. Agar aku kuat untuk menerima hakikat yang telah Engkau tuliskan dalam kehidupan kami sekeluarga.

.AMIN.

Sunday, September 28, 2008

Im home...=)
















Di kesempatan in saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran buat semua. Beraya tu ingat2lah mereka yang serba kekurangan. Semoga mereka juga mendapat kebahagiaan Dunia dan Akhirat.
Saya sudah ada di rumah. Lalala~
Family is damn gojes!
Everyone out there, i have such a great fams by my side...
Love them much3~