Sunday, October 5, 2008

I'm His Daughter.

Semakin dewasa ini. Saya juga semakin sedar tentang ini, bahawa aku adalah seorang anak gadis kepada dia. Dia yg mendidik saya, membesarkan saya, mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Dia yang amat saya sayangi. Akan selalu saya kagumi. Yang selalu memberikan saya kata-kata nasihat berguna. Tidak jemu memberi motivasi kepada kami adik beradik dalam apa jua yang kami lakukan. Dia selalu kata, utamakan yang lebih utama. Dan saya tahu apa maksudnya. Dia selalu berpesan, carilah seorang lelaki yang mampu membimbing saya untuk dijadikan suami kelak. itulah nasihat seorang bapa kepada anaknya yang seorang ini, yang agak nakal juga. Saya terlalu ingin menjadi yang terbaik. Menjadi anak yang terbaik untuk dia. Tetapi kadangkala saya tersalah laku. Ada silap di sana sini. Itulah saya yang masih terlalu mentah. Tetapi saya akan selalu ingat pesan papa. Ya, itu yang pasti. Saya akan terus mengasihi, menyayangi dia tanpa jemu. Saya akan selalu berbangga kerana memiliki dia sebagai papa saya. Saya akan sentiasa mengagumi dia kerana saya adalah puteri dia yang bernama Elferanah Binti Numan.

No comments: