Monday, May 13, 2013

Minggu 35; Persediaan bersalin

Alhamdulillah kandungan hampir mencecah 9bulan. lebih kurang sebulan lagi dari tarikh EDD tapi saya rasa baby akan keluar awal dari tarikh itu. waktu sarat haruslah dihadapi dengan tenang dan damai, kerana pertambahan saiz badan dan perut kadangkala membataskan pergerakan. baju pula hampir semuanya x muat. mujurlah tinggal 2minggu lagi bekerja, lepas tu cuti sekolah dan terus sambung cuti bersalin dan bersambung lagi dengan cuti hari raya i loike. so saya mengambil keputusan untuk mengambil maternity leave 2 bulan sahaja. di hujung2 kehamilan ini, perkara yang sentiasa bermain di minda ialah perasaan tertanya tanya bagaimanakah rasa sakit kontraksi itu? mampukah saya menanggung sakit itu? berapa lamakah sakit itu? dan banyak lagi persoalan mengenai saat kelahiran baby dalam perut ini. tapi saya sering positifkan fikiran dan banyak berdoa semoga segala galanya dipermudahkan apabila tiba saatnya nanti. dan semoga saya diizinkan Allah untuk bersalin secara normal, aminnnn....

Persediaan menjelang hari melahirkan baby sudah hampir selesai untuk jangka masa 'new born'. keperluan asas seperti baju baju, mitten n booties, lampin, selimut, tuala, barut, mandian, bedung, tilam, tisu basah dan pampers sudah pun dibeli. malah sudah pun di 'pack' dalam beg sebagai persediaan untuk ke hospital bila bila masa. Baju baby kebanyakannya saya hanya beli untuk new born-3bulan sahaja dan itupun dalam kuantiti yang cukup cukup untuk baby pakai selama 3 bulan. oleh itu, selepas habis pantang nanti barulah shopping barang baby untuk 3-6 bulan ke atas. selain langkah berjimat, ianya juga mengelakkan kesesakan barang barang baby serta memudahkan saya menyusun barang baby mengikut keperluan semasa. (memandangkan baby berkongsi bilik dan almari dengan ibu dan baba hihu).

Keperluan saya sendiri untuk ke hospital juga sudah ready. keperluan berpantang juga sudah ada (set berpantang trial pack Shaklee), cuma perlu menambah beberapa item lagi seperti tungku moden, krim barut dan phytonatal NR. breastpump pula akan dibeli setelah air susu berjaya keluar. sekarang saya sedang giat mencari tukang urut yang berdekatan dan berpengalaman. 

Sekian sahaja post tanpa gambar ini. tolong doakan saya dan bayi selamat! terima kasih....

4 comments:

Rinah said...

semoga semuanya dipermudahkan.. Amin..

Anonymous said...

hye el,sy ada bertanya tapi tak ada reply.please reply :(

soalan sy

Salam,sy juga pernah menjalani pembedahan laparoscopy cyst di tiub sebelah kiri.sy ingin bertanya selepas pembedahan ada tak doctor bagi suntikan lucrin utk berhentikan period slama 6 bulan?sy cuma request suntikan lucrin selama 3 bulan sahaja.selepas operate sis ada datang period tak? or terus hamil?sy sudah 3 bulan selepas operate dan tgh tggu period dtg balik.tapi sekarang sy rasa mual2 dan rasa semacam dekat ari2.mungkin kah dapat hamil terus tanpa dtg period lpas operate?next check up lambat lagi bulan 6.

elL said...

To anonymous : sorry x perasan soalan..
Lepas operate doktor xda pula bg sy apa2 suntikan, lepas operate sy terus period mcm biasa ikut tarikh,mperiod kedua pula lambat hampir 2minggu dan selepas period ketiga barulah disahkan hamil. Mksudnya selepas 3bulan operate baru melekat.. Sy xtau psl suntikan lucrin sbb doktor xda bg suntikan tu..

cenderamata dari hati said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

maaf tumpang iklan

(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)