Thursday, May 30, 2013

37 minggu, 4 hari : Bekas parut pembedahan


Syukur alhamdulillah, kandungan sudah mencapai usia hampir 9bulan 2minggu. sekarang adalah tempoh menunggu hari. setiap hari yang sarat merupakan sesuatu yang amat menarik, memerlukan ketabahan dan keselesaan yang optimum. Perut semakin turun ke bawah kerana kedudukan kepala bayi sudah pun memasuki laluan untuk keluar (menurut doktor dan nurse di klinik kesihatan). saya sendiri juga perasan dengan penurunan perut yang berlaku. oleh itu, saya sedikit tidak selesa apabila berat perut tertumpu di bahagian bawah di mana bekas parut pembedahan bertambah meregang dan berlipat. hal ini menimbulkan kesakitan, ketidakselesaan dan gatal apabila saya bergerak terlalu aktif. ada masanya saya terpaksa berbaring selama beberapa minit untuk meredakan kesakitan akibat regangan. tapi saya berusaha menerima keadaan ini dengan senang hati apabila memikirkan saat bertemu muka dengan bayi yang ada dalam perut ini :)

Salah satu minyak yang saya guna untuk disapu pada bekas parut pembedahan dan sekitar kawasan perut yang meregang ialah minyak kelapa dara/ virgin coconut oil. minyak ini membantu memberi kelembapan semulajadi dan sekaligus mengurangkan rasa perit di bahagian parut. selain itu, minyak kelapa dara juga boleh menguatkan lapisan kulit, oleh itu ia mampu mengurangkan parut regangan di kulit selepas melahirkan nanti. selain menyapu minya kelapa dara di bahagian tertentu, saya juga mengambil 2 sudu VCO setiap hari sejak kandungan mencecah 37 minggu. mengikut kata orang, supaya mudah melahirkan selain banyak khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara. oh ya, terdapat banyak jenis minyak kelapa dara yang dijual di pasaran, dan saya ialah pengguna VCO catalyst. 

P/S: Setiap hari saya berdoa baby akan keluar awal dari tarikh EDD dengan selamat. insyaAllah

No comments: