Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Kandungan saya suda mencecah minggu ke 26, lagi 2 minggu masuk 7bulan. Baby sekarang semakin aktif bergerak, kadang-kadang pergerakan yang kuat hingga menyebabkan perut bergetar getar sendiri. hehe syukur yang penting baby sihat sihat sahaja hendaknya.
Sebenarnya entri kali ini ialah tentang perubahan sepanjang tempoh kehamilan. salah satunya ialah penambahan berat badan dan perubahan bentuk fizikal yang amat ketara sekali. pada usia kandungan saya sekarang, berat sudah pun meningkat sebanyak 10kg! wehuhuhu sedangkan baby belum sampai 1kg pun, mungkin skrg dalam 700 gram. amat banyak berat yang meningkat, dan dijangka akan meningkat lagi dan lagi sehingga melahirkan. oleh yang demikian, tubuh badan pun haruslah berubah 360 darjah daripada bentuk badan sebelum mengandung. pakaian semuanya semakin sempit, kena beralih daripada pakai jeans kepada kain kapas ataupun dress untuk keselesaan. selain itu, pakaian dalam terutamanya bra, wajib ditukar kepada saiz yang lebih besar. ini adalah kerana payudara sudah pun mula mengeluarkan colostrum, iaitu sejenis cecair jernih yang akan bertukar menjadi susu setelah bayi lahir. keadaan ini menyebabkan payudara membengkak dan gatal terutamanya apabila memakai pakaian dalam yang sempit. jadi, penyelesaiannya ialah beralih kepada nursing bra yang selesa!
Sejak usia kandungan mencecah bulan ke-6 juga, tidur malam saya mula tidak menentu. setiap malam pasti susah untuk melelapkan mata. tambahan pula, saya akan pergi ke tandas untuk membuang air kecil sekurang kurangnya 2 atau 3 kali semalam. baby yang semakin membesar menolak pundi kencing ibu dan menyebabkan ibu selalu rasa ingin ke tandas. semasa ingin tidur juga, saya memerlukan bantal yang lebih untuk menyokong bahagian bahagian badan terutamanya perut. sejak tidur malam yang tidak menentu, saya seringa google tentang maternity pillow. hajat hati ingin memilikinya untuk mendapatkan tidur yang lazat setiap malam tetapi macam membazir pulak kerana harganya bagi saya adalah mahal, RM 290. huhu
Maternity pillow
Walaubagaimanapun, saya menerima semua perubahan yang berlaku pada diri dan tubuh badan dengan hati yang sangat terbuka dan tidak sekali kali tertekan akibat perubahan yang berlaku, malah sentiasa bersyukur kerana inilah nikmat perjalanan untuk menjadi seorang ibu. walaupun pada awalnya saya rasa very the surprise bila tahu berat badan meningkat 10kg, dan selalu bertanya suami adakah saya sudah gemuk? hahaha.. tetapi itu hanyalah kerisauan biasa seorang wanita, lepas bersalin nanti kena pantang betul betul, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment