Wednesday, July 24, 2013

Pengalaman Bersalin Altaf Haziq bin Abdullah

Gambar beberapa jam selepas dilahirkan :)

Tiba tiba terasa ingin berkongsi pengalaman bersalin sendiri. dulu sebelum bersalin saya asyik baca pengalaman bersalin orang, kali ni tulis pengalaman sendiri. hehe berikut ialah kronologinya yang x seberapa panjang pun;

16 Jun 2013
Awal pagi saya perasan ada cecair keluar dalam kuantiti yang sedikit tapi saya sangat yakin itu bukanlah air kencing. saya pun sambung tidur kerana tidur yang kurang lena akibat sakit perut seperti memulas2 (sebenarnya mild contraction yang tidak disedari). bangun dari tidur terus ke toilet, ternampak blood show bersama sedikit lendir. hati jadi x keruan kerana tanda yang ditunggu2 telah tiba. tapi saya tenangkan diri dulu sbb selalunya tanda darah mengambil masa yang lama untuk proses kelahiran sebenar. saya pun baring sebelum bersarapan, masa ini saya mula perasan sakit perut yang saya alami sejak semalam adalah konsisten iaitu setiap 10 minit, dan tidak lama kemudian menjadi setiap 8 minit. lalu saya beritahu suami dan terus bergerak ke klinik. sampai d klinik, bidan yang bertugas cek jalan, baru 2cm. katanya lambat lagi ni, selalunya anak pertama mengambil masa sejam setiap 1cm. lalu kami pun bercadang untuk balik, sebelum tu singgah sarapan dulu.

Petang, kontraksi semakin kerap tetapi tidak konsisten, kadang 8 minit, 7 minit adakalanya 5 minit. suami bercadang untuk tidur di wad saja malam ini sebagai langkah berjaga jaga. lalu kami pun menyerah diri di klinik. sampai klinik, bidan cek jalan masih juga 2cm, tapi saya dan suami tetap mahu tidur di wad. oleh kerana hospital swasta, privacy tidak terganggu. dan malam itu kontraksi semakin kuat, tidur pun x lena hinggalah esoknya. awal pagi nurse datang cek bukaan masih juga 2cm, hampaaa... 8.30 am doktor datang cek dan membuat keputusan untuk di induce. lalu saya menelan setengah biji pil itu pada pukul 9 pagi. nurse pesan jangan baring, banyakkan berjalan. lalu saya pun berjalan, kontraksi semakin mengganas. saya berjalan sambil menahan sakit kontraksi. pukul 11 am, saya sudah x larat berjalan lalu berbaring sajalah. masa ini sakit semakin menggila hingga saya tidak mahu menerima pelawat kecuali suami yang sentiasa di sisi. 11.40 nurse cek jalan, 6cm! nurse terus arahkan saya masuk labour room. dalam labour room nurse suruh mengiring, masa ni sakitnya Allah saja yang tahu. pukul 12 tepat, nurse cek jalan tapi x inform berapa bukaan, nurse suruh try teran tapi kepala baby belum kelihatan dan nurse suruh mengiring semula. suami berusaha menenangkan, kesakitannya seperti ditetak tulang pinggul, Subhannallah... masa ini x henti2 baca zikir dan doa nabi Yunus. 1230, saya sudah rasa x tahan dan seperti mahu meneran, saya bagitahu nurse yang saya rasa mahu terberak. nurse terus panggil doktor dan seketika kemudian doktor sampai. bermulalah proses teran meneran. oleh kerana kedudukan kepala baby terlalu ke saluran usus besar, doktor terpaksa mencapainya menggunakan vakum. bila kepala baby sudah terasa di pintu keluarnya, dengan 3 kali teran keluarlah zuriat sulung saya dan suami pada pukul 12 39. Allahuakbar! itulah ungkapan pertama sebaik baby diletakkan di atas dada. segala galanya sangat pantas, proses jahit menjahit pun x sampai 10 minit. pukul 1 pm saya sudah keluar dari labour room...

Syukur alhamdulillah atas nikmat melahirkan anak. sungguh indah perasaan menjadi seorang ibu..

Thursday, May 30, 2013

37 minggu, 4 hari : Bekas parut pembedahan


Syukur alhamdulillah, kandungan sudah mencapai usia hampir 9bulan 2minggu. sekarang adalah tempoh menunggu hari. setiap hari yang sarat merupakan sesuatu yang amat menarik, memerlukan ketabahan dan keselesaan yang optimum. Perut semakin turun ke bawah kerana kedudukan kepala bayi sudah pun memasuki laluan untuk keluar (menurut doktor dan nurse di klinik kesihatan). saya sendiri juga perasan dengan penurunan perut yang berlaku. oleh itu, saya sedikit tidak selesa apabila berat perut tertumpu di bahagian bawah di mana bekas parut pembedahan bertambah meregang dan berlipat. hal ini menimbulkan kesakitan, ketidakselesaan dan gatal apabila saya bergerak terlalu aktif. ada masanya saya terpaksa berbaring selama beberapa minit untuk meredakan kesakitan akibat regangan. tapi saya berusaha menerima keadaan ini dengan senang hati apabila memikirkan saat bertemu muka dengan bayi yang ada dalam perut ini :)

Salah satu minyak yang saya guna untuk disapu pada bekas parut pembedahan dan sekitar kawasan perut yang meregang ialah minyak kelapa dara/ virgin coconut oil. minyak ini membantu memberi kelembapan semulajadi dan sekaligus mengurangkan rasa perit di bahagian parut. selain itu, minyak kelapa dara juga boleh menguatkan lapisan kulit, oleh itu ia mampu mengurangkan parut regangan di kulit selepas melahirkan nanti. selain menyapu minya kelapa dara di bahagian tertentu, saya juga mengambil 2 sudu VCO setiap hari sejak kandungan mencecah 37 minggu. mengikut kata orang, supaya mudah melahirkan selain banyak khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara. oh ya, terdapat banyak jenis minyak kelapa dara yang dijual di pasaran, dan saya ialah pengguna VCO catalyst. 

P/S: Setiap hari saya berdoa baby akan keluar awal dari tarikh EDD dengan selamat. insyaAllah

Monday, May 13, 2013

Minggu 35; Persediaan bersalin

Alhamdulillah kandungan hampir mencecah 9bulan. lebih kurang sebulan lagi dari tarikh EDD tapi saya rasa baby akan keluar awal dari tarikh itu. waktu sarat haruslah dihadapi dengan tenang dan damai, kerana pertambahan saiz badan dan perut kadangkala membataskan pergerakan. baju pula hampir semuanya x muat. mujurlah tinggal 2minggu lagi bekerja, lepas tu cuti sekolah dan terus sambung cuti bersalin dan bersambung lagi dengan cuti hari raya i loike. so saya mengambil keputusan untuk mengambil maternity leave 2 bulan sahaja. di hujung2 kehamilan ini, perkara yang sentiasa bermain di minda ialah perasaan tertanya tanya bagaimanakah rasa sakit kontraksi itu? mampukah saya menanggung sakit itu? berapa lamakah sakit itu? dan banyak lagi persoalan mengenai saat kelahiran baby dalam perut ini. tapi saya sering positifkan fikiran dan banyak berdoa semoga segala galanya dipermudahkan apabila tiba saatnya nanti. dan semoga saya diizinkan Allah untuk bersalin secara normal, aminnnn....

Persediaan menjelang hari melahirkan baby sudah hampir selesai untuk jangka masa 'new born'. keperluan asas seperti baju baju, mitten n booties, lampin, selimut, tuala, barut, mandian, bedung, tilam, tisu basah dan pampers sudah pun dibeli. malah sudah pun di 'pack' dalam beg sebagai persediaan untuk ke hospital bila bila masa. Baju baby kebanyakannya saya hanya beli untuk new born-3bulan sahaja dan itupun dalam kuantiti yang cukup cukup untuk baby pakai selama 3 bulan. oleh itu, selepas habis pantang nanti barulah shopping barang baby untuk 3-6 bulan ke atas. selain langkah berjimat, ianya juga mengelakkan kesesakan barang barang baby serta memudahkan saya menyusun barang baby mengikut keperluan semasa. (memandangkan baby berkongsi bilik dan almari dengan ibu dan baba hihu).

Keperluan saya sendiri untuk ke hospital juga sudah ready. keperluan berpantang juga sudah ada (set berpantang trial pack Shaklee), cuma perlu menambah beberapa item lagi seperti tungku moden, krim barut dan phytonatal NR. breastpump pula akan dibeli setelah air susu berjaya keluar. sekarang saya sedang giat mencari tukang urut yang berdekatan dan berpengalaman. 

Sekian sahaja post tanpa gambar ini. tolong doakan saya dan bayi selamat! terima kasih....

Monday, March 11, 2013

Our little cutie pie is 26 weeks!

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Kandungan saya suda mencecah minggu ke 26, lagi 2 minggu masuk 7bulan.  Baby sekarang semakin aktif bergerak, kadang-kadang pergerakan yang kuat hingga menyebabkan perut bergetar getar sendiri. hehe syukur yang penting baby sihat sihat sahaja hendaknya.

Sebenarnya entri kali ini ialah tentang perubahan sepanjang tempoh kehamilan. salah satunya ialah penambahan berat badan dan perubahan bentuk fizikal yang amat ketara sekali. pada usia kandungan saya sekarang, berat sudah pun meningkat sebanyak 10kg! wehuhuhu sedangkan baby belum sampai 1kg pun, mungkin skrg dalam 700 gram. amat banyak berat yang meningkat, dan dijangka akan meningkat lagi dan lagi sehingga melahirkan. oleh yang demikian, tubuh badan pun haruslah berubah 360 darjah daripada bentuk badan sebelum mengandung. pakaian semuanya semakin sempit, kena beralih daripada pakai jeans kepada kain kapas ataupun dress untuk keselesaan. selain itu, pakaian dalam terutamanya bra, wajib ditukar kepada saiz yang lebih besar. ini adalah kerana payudara sudah pun mula mengeluarkan colostrum, iaitu sejenis cecair jernih yang akan bertukar menjadi susu setelah bayi lahir. keadaan ini menyebabkan payudara membengkak dan gatal terutamanya apabila memakai pakaian dalam yang sempit. jadi, penyelesaiannya ialah beralih kepada nursing bra yang selesa!

Perut yang semakin membesar juga memerlukan keselesaan dalam setiap keadaan. walaupun ramai yang menegur perut saya kecil, mungkin kerana kandungan pertama, namun saya tetap merasakan perut saya besar dan berat mungkin kerana saya sudah pernah menjalani pembedahan utk membuang cyst 3 bulan sebelum kehamilan. Parut luka pembedahan kadangkala terasa ngilu dan menyucuk. untuk melegakannya, hanya dengan berehat dan berbaring untuk mengurangkan tekanan pada bahagian bawah abdomen. usaha lain, saya memakai maternity support belt yang dibeli secara online dengan harga RM 160.  Tali pinggang ini hanya bertindak sebagai menyokong perut yang semakin membesar, mengurangkan sakit belakang dan memberi keselesaan ketika melakukan sebarang aktiviti. Perut terasa ringan sahaja. juga sesuai bagi mereka yang pernah melahirkan secara pembedahan atau menjalani pembedahan seperti saya.

Sejak usia kandungan mencecah bulan ke-6 juga, tidur malam saya mula tidak menentu. setiap malam pasti susah untuk melelapkan mata. tambahan pula, saya akan pergi ke tandas untuk membuang air kecil sekurang kurangnya 2 atau 3 kali semalam. baby yang semakin membesar menolak pundi kencing ibu dan menyebabkan ibu selalu rasa ingin ke tandas. semasa ingin tidur juga, saya memerlukan bantal yang lebih untuk menyokong bahagian bahagian badan terutamanya perut. sejak tidur malam yang tidak menentu, saya seringa google tentang maternity pillow. hajat hati ingin memilikinya untuk mendapatkan tidur yang lazat setiap malam tetapi macam membazir pulak kerana harganya bagi saya adalah mahal, RM 290. huhu

Maternity pillow

Walaubagaimanapun, saya menerima semua perubahan yang berlaku pada diri dan tubuh badan dengan hati yang sangat terbuka dan tidak sekali kali tertekan akibat perubahan yang berlaku, malah sentiasa bersyukur kerana inilah nikmat perjalanan untuk menjadi seorang ibu. walaupun pada awalnya saya rasa very the surprise bila tahu berat badan meningkat 10kg, dan selalu bertanya suami adakah saya sudah gemuk? hahaha.. tetapi itu hanyalah kerisauan biasa seorang wanita, lepas bersalin nanti kena pantang betul betul, insyaAllah.

Friday, January 11, 2013

2nd pregnancy

Syukur alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk mengandung buat kali yang ke-2. Walaupun kandungan pertama pada awal tahun lalu gagal, dan telah melalui proses D&C pada bulan Mac tahun lalu, saya sering mengingati kandungan pertama itu. walaupun tidak sempat menjadi janin kerana doktor mengesahkan kandungan tersebut tidak menjadi (tiada janin yang berkembang di dalam sec/kantung), detik itu manis kerana memberikan pengalaman pertama apabila mengetahui diri sedang hamil. Pada masa yang sama juga, saya berdepan dengan masalah cyst yang agak besar tumbuh pada ovari kiri. saya selamat menjalani pembedahan membuang cyst tersebut, tanpa membuang ovari kiri pada bulan Jun tahun lalu. Segala perancangan Allah sememangnya indah, dengan proses rawatan yang berterusan dan memerlukan saya berada dekat dengan orang orang terpenting dalam hidup saya, proses pertukaran tempat bertugas dipermudahkan walaupun dengan pelbagai situasi ketika itu. 

3 bulan setelah menjalani pembedahan, luka semakin pulih. parut juga terkesan dengan sangat kemas dan rapi. saya menggagahi diri untuk minum pati ikan haruan sebanyak yang mampu dan memakan sup ikan haruan yang disediakan oleh ibu tercinta. Pada awal November tahun lalu, saya mula merasakan beberapa perubahan berlaku pada diri. senang cerita, naluri saya kuat mengatakan bahawa saya hamil. saya dan suami pergi ke klinik dan menjalankan UPT di klinik dan hasilnya positif. syukur alhamdulillah! sekali lagi saya hamil. pada masa yang sama juga, saya seringkali berdoa padaNya agar kandungan kali ini membesar dengan sihat dan sempurna sehingga saat saya melahirkan dan menatap wajah bayi saya dan suami. mungkin kerana kegagalan kandungan yang pertama menjadikan saya sedikit risau dan trauma. doktor melakukan ultrasound pertama pada usia kandungan saya 5minggu dan pada masa itu kantung belum jelas kelihatan. kerisauan semakin bertambah apabila doktor mengatakan yang dia menjumpai cyst tumbuh pada tempat yang sama iaitu ovari kiri.

Cuti sekolah bermula dan kami pulang ke KK untuk berjumpa dengan doktor pakar saya yang juga telah membedah saya tempoh hari. dia turut menyatakan perkara yang sama iaitu cyst pada ovari kiri, tapi doktor menenangkan saya, dalam tempoh sebulan lagi kemungkinan cyst tersebut akan mengecut dan bertukar menjadi corpus luteum. perkara tersebut sering terjadi di awal kehamilan. pada hari yang sama juga buat pertama kalinya saya melihat janin kecil yang semakin berkembang di rahim sendiri. perasaan damai yang menerpa hati kami suami isteri terbawa-bawa hingga ke malam apabila mendengar denyutan jantung zuriat kami, apatah lagi melihatnya bergerak berenang-riang-gembira di dalam. hehe indahnya perasaan itu ya Allah

Di samping pemerhatian susulan dari doktor pakar, kami juga berusaha dengan perubatan islam. genap sebulan kemudian, kami datang berjumpa doktor pakar semula. alangkah bersyukurnya saya apabila doktor kata, cyst sudah tiada. dan kemungkinan baby u is a boy. masa tu usia kandungan saya hampir mencecah 4bulan. baby, semoga sentiasa sihat dan aktif di dalam hingga ibu selamat melahirkanmu dan membesar menjadi anak yang soleh/ solehah ok...:)

Dan kini kandungan menghampiri bulan ke-5. saya dan suami gembira perut semakin kenampakan dan baju baju mengalami pengecutan yang menyeksakan apabila saya memakainya. wuwu kena cari maternity dress secepat mungkin! semoga kandungan sihat dan selamat hendakNya. aminnnnnn

Wednesday, January 9, 2013

Enjoying my 2nd trimester

Syukur alhamdulillah, kandungan saya kini sudah mencecah 18 minggu. loya dan mabuk semakin hilang. semangat bekerja semakin pulih. semoga baby sihat sampai selamat dilahirkan pada bulan jun nanti. aminnn

seluar
 dan baju semakin mengecik. hihu