Sunday, August 10, 2008

Harta bukan ukuran

Bila ada yg berkata sedemikian.bahawa sayangkan seseorang hanya kerana hartanya.
Buktikanlah jika ianya benar.Bukan untuk bercakap tentang sesuatu yang tidak pasti.lainlah jika seseorang itu pernah dikikis hartanya oleh seseorang,lalu dia berhak berkata sedemikian.itupun sekiranya dia adalah yang suka membuka keaiban orang lain.
Lalu terdetik di hati ini;"Pernahkah saya menjadi sebegitu,pengikis atau menggunakan perkataan sayang untuk mengambil harta sesiapa?"jika saya pernah,katakan kepada siapa saya lakukan itu,kemudian saya akan katakan kepada kamu bahawa siapa kamu untuk berkata sebegitu.
Bila ada sesiapa yang dituduh seperti itu.sesiapa pun akan rasa terkilan sekiranya ianya adalah cerita yang hanya meniti di bibir mereka yang bercerita tanpa mengetahui kebenarannya.
Bila ada yang menganggap seseorang itu menjadikan harta sebagai kayu pengukur bagi sesuatu perhubungan,lihatlah kepada realiti kehidupan ini.berapa ramai yang hanya tahu bercakap perihal orang lain.Memburuk-burukkan saudara sendiri adalah sama seperti memakan dagingnya sendiri.
Bagi sesiapa yang merasakan bahawa harta adalah ukuran,maka biarlah mereka dengan prinsip mereka sendiri.Tidak mencontohi dan tidak memberi komen apa2.
Bila sesiapa saya tahu bercakap bahawa seseorang itu menjadikan harta sebagai ukuran,saya akan bertanya adakah mereka yang menjadi mangsanya.
Saya tidak mengambil mudah tentang ayat ini;'harta manjadi ukuran'

1 comment:

tehaboo said...

Untungnya Orang Bercinta.

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Rasulullah pernah bersabda :- Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja.. berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.