Sunday, November 23, 2008

terlintas lagi.

Dia ada di sana.
Tapi tidak pernah berkata-kata.
Tidak mahu berkongsi apa pun.
Mungkin tidak mungkin untuk bersua lagi.

Walau jauh kenangan itu ditinggalkan,
tetap ada d hati ini.
Penyesalan ada di mana-mana,
tetapi itulah dugaan maha hebat,
yang pernah terlukis dalam kamus hidup.

Sedetik demi sedetik merangkak,
menjauh ia dari hakikat kita kini.
Namun tetap terpahat sejuta rasa,
Bila kembali menyapa si Sang kenangan.

Sampai bila?
kurang pasti jawapannya.
tetapi tetap utuh jua.
Bak konkrit lama terpeliraha rapi.

Dia mungkin akan terus berlalu.
Dan terus dengan sebuah cerita dulu.
Menjadi yang klasik buat aku.
Untuk terus jua terlakar menjadi yang satu itu.

Ingin ku usir pergi.
Tapi tak berdaya.


Jadi tetapla ia di sana.
Biarkan.

2 comments:

asyraf said...

bleh jd a.samad said nie...hehehe
apa maksudnye???

elL said...

maksudnya sy ada dlm 2 jgk...
heheh...