Saturday, November 22, 2008

Kekeliruan Itu.

Dia kata saya lahir dari perut siapa?
Jadi yang datang itu siapa?
Dan yang menangis itu siapa?
Juga kami dan mereka itu siapa?

Kasihan.

Tidak terluah dek kata.
bahawa dia sebenarnya kepunyaan mereka.
tetapi tetap milik kami.
Dan dia punya kami semua.

Bingung.

Tidak semudah yang disangka.
Setiap jawapan ada persoalan.
Setiap persoalan ada yang perlu ditelan.
Yang pahit itu realiti, yang manis itu maya.

Tetapi.

Dia tetap kami takluk.
Kerana dia besar di sini.
Dari kelahiran hingga setinggi kini.
Sudah punya agama, sudah punya hidup.

Jangan.

Jgn kau berpaling.
jangan kau mengkhianati agama kita.
Lahiriah keluarga itu bukan seperti kau kini.
Cuma jangan keluar dari kepompong rahmat yang kau ada.

Kerana.

Kami menyayangi sepenuh jiwa.
Tiada bandingan antara kita.
Tiada benteng berbeza lagi.
kau tetap di sini.

Selalu.
Sentiasa.
Selamanya.
Bersama.


No comments: