Friday, January 11, 2013

2nd pregnancy

Syukur alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk mengandung buat kali yang ke-2. Walaupun kandungan pertama pada awal tahun lalu gagal, dan telah melalui proses D&C pada bulan Mac tahun lalu, saya sering mengingati kandungan pertama itu. walaupun tidak sempat menjadi janin kerana doktor mengesahkan kandungan tersebut tidak menjadi (tiada janin yang berkembang di dalam sec/kantung), detik itu manis kerana memberikan pengalaman pertama apabila mengetahui diri sedang hamil. Pada masa yang sama juga, saya berdepan dengan masalah cyst yang agak besar tumbuh pada ovari kiri. saya selamat menjalani pembedahan membuang cyst tersebut, tanpa membuang ovari kiri pada bulan Jun tahun lalu. Segala perancangan Allah sememangnya indah, dengan proses rawatan yang berterusan dan memerlukan saya berada dekat dengan orang orang terpenting dalam hidup saya, proses pertukaran tempat bertugas dipermudahkan walaupun dengan pelbagai situasi ketika itu. 

3 bulan setelah menjalani pembedahan, luka semakin pulih. parut juga terkesan dengan sangat kemas dan rapi. saya menggagahi diri untuk minum pati ikan haruan sebanyak yang mampu dan memakan sup ikan haruan yang disediakan oleh ibu tercinta. Pada awal November tahun lalu, saya mula merasakan beberapa perubahan berlaku pada diri. senang cerita, naluri saya kuat mengatakan bahawa saya hamil. saya dan suami pergi ke klinik dan menjalankan UPT di klinik dan hasilnya positif. syukur alhamdulillah! sekali lagi saya hamil. pada masa yang sama juga, saya seringkali berdoa padaNya agar kandungan kali ini membesar dengan sihat dan sempurna sehingga saat saya melahirkan dan menatap wajah bayi saya dan suami. mungkin kerana kegagalan kandungan yang pertama menjadikan saya sedikit risau dan trauma. doktor melakukan ultrasound pertama pada usia kandungan saya 5minggu dan pada masa itu kantung belum jelas kelihatan. kerisauan semakin bertambah apabila doktor mengatakan yang dia menjumpai cyst tumbuh pada tempat yang sama iaitu ovari kiri.

Cuti sekolah bermula dan kami pulang ke KK untuk berjumpa dengan doktor pakar saya yang juga telah membedah saya tempoh hari. dia turut menyatakan perkara yang sama iaitu cyst pada ovari kiri, tapi doktor menenangkan saya, dalam tempoh sebulan lagi kemungkinan cyst tersebut akan mengecut dan bertukar menjadi corpus luteum. perkara tersebut sering terjadi di awal kehamilan. pada hari yang sama juga buat pertama kalinya saya melihat janin kecil yang semakin berkembang di rahim sendiri. perasaan damai yang menerpa hati kami suami isteri terbawa-bawa hingga ke malam apabila mendengar denyutan jantung zuriat kami, apatah lagi melihatnya bergerak berenang-riang-gembira di dalam. hehe indahnya perasaan itu ya Allah

Di samping pemerhatian susulan dari doktor pakar, kami juga berusaha dengan perubatan islam. genap sebulan kemudian, kami datang berjumpa doktor pakar semula. alangkah bersyukurnya saya apabila doktor kata, cyst sudah tiada. dan kemungkinan baby u is a boy. masa tu usia kandungan saya hampir mencecah 4bulan. baby, semoga sentiasa sihat dan aktif di dalam hingga ibu selamat melahirkanmu dan membesar menjadi anak yang soleh/ solehah ok...:)

Dan kini kandungan menghampiri bulan ke-5. saya dan suami gembira perut semakin kenampakan dan baju baju mengalami pengecutan yang menyeksakan apabila saya memakainya. wuwu kena cari maternity dress secepat mungkin! semoga kandungan sihat dan selamat hendakNya. aminnnnnn

8 comments:

Nurul Says said...

alhamdulillah..mudah2an semuanya berjalan lancar...bila due nih?

elL said...

bulan jun kak, kakak awal lagi kan? hehe silent reader ni

anak ayah said...

xsabar nak nenguk baby kaka >.<

utk kakak, semoga semuanya dipermudahkan ^_^

jaga diri ea..

Unknown said...

Salam sis, boleh kongsi tak mcm mana penjagaan selepas pembedahan cyst ovari? Saya baru seminggu menjalani pembedahan cyst ovari...sehingga kini saya masih rasa sengal di keliling perut dan ada sikit bengkak...normal ke tu?manakala parut luka sudah kering dan sudah tidak sakit

Anonymous said...

Salam,sy juga pernah menjalani pembedahan laparoscopy cyst di tiub sebelah kiri.sy ingin bertanya selepas pembedahan ada tak doctor bagi suntikan lucrin utk berhentikan period slama 6 bulan?sy cuma request suntikan lucrin selama 3 bulan sahaja.selepas operate sis ada datang period tak? or terus hamil?sy sudah 3 bulan selepas operate dan tgh tggu period dtg balik.tapi sekarang sy rasa mual2 dan rasa semacam dekat ari2.mungkin kah dapat hamil terus tanpa dtg period lpas operate?next check up lambat lagi bulan 6.

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

Unknown said...

Alhamdulillah.. Kmie juga baru 3 mggu selesai operation buang cyst dan ovari sebelah kanan.. Kandungan kmie dah gugur smggu sblm pembedahan dlakukan.. Mungkin kerana cyst kmie yg terlalu besar-14cm yg mnyebabkn tekanan kpd baby.. Apapn, kmie bsyukur kerana selamat mnjalani pmbedahan cyst tu dan berharap agar cyst ni tak wujud lagi dlm perut ni

Unknown said...

Alhamdulillah.. syukur sangat


http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/ovarian-cyst-belenggu-ibu-hamil.html?m=1