Tuesday, October 28, 2008

Selamat Hari Deepavali~

Walaupun terasa seperti agak kurang sihat dengan cuaca yang dingin. Ku gagahi kaki melangkah untuk memeriahkan majlis rumah terbuka Sir Thillai sempena Hari Deepavali. Kelainan terasa kerana budaya berbeza. Sekalipun berbeza, tetap ada yang sama. Semuanya manusia biasa. Kami dihidangkan dengan nasi, kari ayam, kari daging kambing, acar, puding dan bermacam-macam jenis makanan ringan sebagai pencuci mulut. Semuanya sedap-sedap belaka. Seronok walaupun agak tidak berselera, bukan kerana apa, cuma tekak terasa perit. Waah, daughter and sons of Sir Thillai were so friendly. So kind and all are talkative. And his beautiful wife is so nice..=)
Sempat terjumpa dengan beberapa keluarga India, mungkin sahabat handai ataupun kaum keluarga Sir Thillai. Pertama kali menghadiri majlis sempena Deepavali. And it was so exciting.
=)


Saturday, October 25, 2008

Matahariku-Agnes Monica

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


P/S: LOVE this song.

Tuesday, October 21, 2008

Friends-The reason

They are the reason for me to be happy with those things happened in life as a trainee teacher.
I dun need more than a friends. They are more than enuf.
Bcoz i realize that friends will never leave me, friendship is an everlasting relationship.
But diff with love. It will leave me anytime. Anywhere. Everywhere.
So my friends are enuf for me. Fullstop.

Wednesday, October 8, 2008

Kadangkala.

Dalam hidup ini,
Kadangkala kita perlu jadi berani, kadangkala kita perlu berasa takut.
Apabila situasi dan perasaan berbeza, maka kita harus memilih untuk menjadi apa.
Kadangkala kita perlu berdiam diri.
Dan kadangkala kita mesti berkata-kata.
Apabila semua orang ingin bising berkata itu dan ini, mungkin kita lebih selesa berdiam.
Atau ketika semua orang riang gembira, sedangkan kita diulit kedukaan mungkin juga kita akan diam.
Dan mungkin apabila kita tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi yang tiada siapa pun memahami kita, maka mungkin juga kita akan jadi diam.
Kadangkala dalam hidup ini kita terpaksa membuat satu keputusan.
Samada keputusan itu menggembirakan atau menyakitkan, menyusahkan atau meringankan, mengorbankan atau dikorbankan, kita tetap harus membuat satu keputusan.
Kadangkala kita senyum dan ketawa, tetapi siapa yang layak membaca kisah di sebalik senyuman itu.
Kadangkala kita menangis. Lalu kita berharap untuk adanya seseoarang yang mampu membuatkan kita tersenyum.
Kadangkala kita menyayangi, kadangkala kita membenci.
Hidup ini penuh dengan dua kemungkinan. Dan salah satu daripada kemungkinan itu akan menjadi kenyataan seperti takdir yang telah tertulis untuk setiap insan yang hidup ini.
Lalu aku sering terfikir. Bagaimana denagn takdir hidupku.
Jika sekarang aku sedang merasa kesakitan itu, adakah aku akan berbahagia kelak.
Ya, aku pasti itu. Pintu kebahagiaan akan sentiasa terbuka bagi setiap kekecewaan.
Aku yakin.
Hidup harus terus, ini bukan kadangkala. Tetapi untuk selamanya selagi masih ada nafas untuk dihembus.

Tuesday, October 7, 2008

I am Tired.I Quit.

Im tired of Something.
Im tired.
Soo sooo tired.
Give me a place to catch myself back.
Give me space to breath.
I dun need anything else.
Just forget me.
Hate me.
Ignore me.
Thats what i want from u.
everyting is enough.
Im sick of u, im sick of this feelings.
Just give up on me.
Maybe dats good enough for u and me.
And just dun u ever regret for anything.
I wish u a very best of luck of getting what u really want.
I quit.

Sunday, October 5, 2008

I'm His Daughter.

Semakin dewasa ini. Saya juga semakin sedar tentang ini, bahawa aku adalah seorang anak gadis kepada dia. Dia yg mendidik saya, membesarkan saya, mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Dia yang amat saya sayangi. Akan selalu saya kagumi. Yang selalu memberikan saya kata-kata nasihat berguna. Tidak jemu memberi motivasi kepada kami adik beradik dalam apa jua yang kami lakukan. Dia selalu kata, utamakan yang lebih utama. Dan saya tahu apa maksudnya. Dia selalu berpesan, carilah seorang lelaki yang mampu membimbing saya untuk dijadikan suami kelak. itulah nasihat seorang bapa kepada anaknya yang seorang ini, yang agak nakal juga. Saya terlalu ingin menjadi yang terbaik. Menjadi anak yang terbaik untuk dia. Tetapi kadangkala saya tersalah laku. Ada silap di sana sini. Itulah saya yang masih terlalu mentah. Tetapi saya akan selalu ingat pesan papa. Ya, itu yang pasti. Saya akan terus mengasihi, menyayangi dia tanpa jemu. Saya akan selalu berbangga kerana memiliki dia sebagai papa saya. Saya akan sentiasa mengagumi dia kerana saya adalah puteri dia yang bernama Elferanah Binti Numan.

Saturday, October 4, 2008

Berlalunya Lebaran.

Tidak seperti lebaran yg lepas.
Kali ini terasa seperti amat berbeza. Entah Kenapa.
Yang pasti aku bukan lagi kanak-kanak yang riang bermain bunaga api, sibuk menghiasi laman dengan pelita.
Ya. Aku bukan lagi seperti itu. Kini aku sudah semakin dewasa. Melangkah ke alam-20 an ini merupakan suatu perubahan yang begitu mendadak. Dan aku sedar bahawa aku harus selalu mengingatkan diri, aku bukan lagi kanak-kanak. Zaman itu telah pun berlalu.
Terasa seperti ingin ku ulangi kisah riang itu, ingin ku kembali ke zaman kecil itu.
Tetapi. Aku tahu ianya hanya akn terus menjadi sebuah sejarah yang pernah terlakar dalam kisah hidupku.
Aku kini adalah yang dewasa. Yang sudah sepatutnya menjadi tulang belakang mama untuk membereskan kerja-kerja rumah. Aku punya kakak-kakak, dan semuanya telah mempunyai keluarga masing-masing. Oleh itu, aku sedar tentang tanggungjawab. Lalu aku selalu ingin cuba bertindak di atas nama bahawa aku punya tanggungjawab itu.
Tetapi. Aku mula takut.
Aku mula takut untuk menghadapi kesunyian di rumah sendiri.
Aku mula gelisah sekiranya aku tidak berkesempatan untuk bertemu lagi dengan adik-beradik.
Aku mula gusar untuk memikirkan sekiranya aku ditinggalkan oleh dua orang insan yang paling aku sayangi.
Aku mula menangis di atas sebuah perpisahan yang sementara.
Aku mula sedar bahawa aku semakin tidak punya masa yang panjang untuk semuanya.
Dan lebaran ini adalah titik permulaan untuk semua itu. Lebaran ini banyak mengajar aku tentang kehidupan. Lebaran ini membuatkan aku terfikir tentang banyak perkara.
Aku insan biasa. Tidak lari daripada perasaan. Aku seorang anak perempuan. Yang sudah terbiasa dengan keluarga yang ramai ini. Dan aku seorang gadis yang semakin dewasa, mula mengerti tentang hakikat sebuah kehidupan.
Dan lebaran ini berlalu. Semoga aku menjadi semakin tabah.
Tuhan, aku memohon pada-Mu. Agar aku kuat untuk menerima hakikat yang telah Engkau tuliskan dalam kehidupan kami sekeluarga.

.AMIN.