Friday, June 29, 2012

Suami pujaan hati sampai mati

Inilah dia encik suami yang sedang dirindui dan dicintai selalu *ayat tak boleh blah huhu

Terhasilnya entri ini kerana aku baru lepas berbual dengan suami, lepas letak fon, tiba tiba pulak rasa rindu. heh? normal lah kan aku rindu suami sendiri. lepas tu belek2 gallery dalam tab ni (milik suami jugak), lalu terjumpa gambar suami yang comel masa dia pergi korea tahun lalu. sudah setengah tahun aku jadi isteri dia rupanya, baru sedar ye, aku rasa macam baru kawen semalam. hhihih perasan pengantin barunyaaa!

Suami aku seorang yang x cerewet pun, dia pakai apa yang aku sudah iron, dia makan apa yang aku masak. suami aku suka tolong aku buat kerja kerja rumah, tapi kan aku selalu x sampai hati klu tgk suami aku buat kerja rumah. samalah macam aku x sampai hati tengok bapa aku buat kerja rumah jugak. masa aku sakit hari tu, lepas cuci rahim, sungguh2 aku kesian tgk suami aku cuci pinggan mangkuk, goreng mi, gosok baju sendiri. huhu sedehnyaaa. masa tu dalam hati asyik bersyukur dan bertekad untuk menambahkan mutu perkhidmatan buat suami bila sudah sihat nanti. *semangat kononnya*

Masa aku belum kerja, setiap hari aku bawakan suami bekal ke sekolah. lepas solat subuh bermulalah sesi masak memasak. oleh kerana sekolah suami jauh dari rumah, terpaksalah dia bertolak awal ke sekolah dan x sempatlah jawabnya encik suami bersarapan di rumah. lalu dia pun membawa bekal sahaja ke sekolah dan bersarapan di sekolah lah suamiku. tapi, sejak aku sudah mula bekerja, waktu pagi adalah waktu paling kelam kabut buat aku. kalau aku mahu masak untuk bekalan kami ke sekolah, seharusnya aku bangun lebih awal daripada sebelum kerja kan? oleh itu, aku bangun sebelum azan subuh lagi untuk sesi masak memasak. lepas masak, aku mandi kemudian barulah kejutkan suami, solat, bersiap2 dan terus ke sekolah. tapi kadang kadang sejak sudah kerja, kalau kami x sempat membeli barang2 dapur atau kalau aku kepenatan seharian berkursus atau mengiring budak ke mana2, suami x jugak suruh aku memasak awal pagi. dan kami pun bersarapan di kantin sekolah sahaja.

Gosok baju pula aku mesti buat waktu malam. atau kalau aku banyak masa free hujung minggu, aku gosok lah baju kami utk seminggu terus, ataupun utk 2,3 hari bekerja. soal masak memasak makanan tengahari dan malam pula, aku dan mak mertua bergilir2 memasak ikut citarasa kami. tapi keluarga mertua aku x cerewet dan x memilih pun, apa yg aku dan mak mertua masak, itulah yang dimakan. syukurlah kan? memang patut pun bersyukur. heh. kalau hujung minggu suami selalu ajak keluar dating. best sangat dating dengan suami, jalan jalan keliling bandar yang sudah berkali kali dipusing sebenarnya, tetap jugak aku rasa best. kadang2 kami tgk wayang, walaupun tempat tengok wayang tu x best, tengah syok tgk terpotong plak video, tetap jgk aku rasa best. nasib baik ada cinema baru buka, haruslah jadi salah satu tempat kami berdating nanti. yeay

Walaupun kadang2 aku rasa letih dan rasa x larat buat apa2 akibat kerja2 yang banyak di sekolah, tetapi aku gagahkan diri demi suami tercinta. dan aku bahagia bila suami rasa senang hidupnya semakin teratur sejak kehadiran aku sebagai isteri di sisinya. berbunga bunga hati i tauww. hihik

Panjangnya karangan aku, akhir kata, rindunya dengan suami.
Salam.

Tuesday, June 26, 2012

What do u feel?

Pengulangan tajuk ; what do you feel when your father is cooking, cleaning, washing dishes, and all you can do is just watching him? 

Seriuosly, i feel like to hit my face with hanger, and then punch it to the wall, and cut my hair with brushteeth and gel it with toothpaste. is that worst enough to describe my feelings to see my father doing all "homework". i tried to help anything i could, but my limited movement dont allow me to do those works perfectly.

Yes, rumah orang tua aku tiada pembantu rumah, sekarang hanya kami ber5 di rumah, bila tiba masa aku sihat dan kembali ke Tawau, tinggal bapa, mama, adik lelaki dan adik perempuan. dulu masa arwah nenek ada, aktiviti mereka kebanyakan tertumpu untuk mengurus nenek, pergi kerja, walaupun tiada pembantu rumah dan penjaga nenek yang tetap, rumah tetap terurus begitu juga nenek. mungkin kerana kebiasaan itu, bapa semakin pandai buat kerja rumah, malah semua kerja dilakukan dengan teliti dan kemas, sama seperti yang mama lakukan. tapi, aku rasa x boleh tengok bapa aku bekerja keras begitu, rasa ralat dan menyesal semakin menebal melihat dia berusaha bersungguh sungguh d dapur. apatah lagi bila bapa berpeluh peluh menyediakan makanan tengahari, rasa mahu menitis airmata aku, dan aku pun makan dengan penuh berselera sebagai tanda menghargai masakan seorang bapa yang amat aku sayangi. aku bukan bajet anak baik ok, aku cuma rasa bersalah x dapat membantu sepenuhnya di rumah kerana keadaan tidak mengizinkan. tapi xpa, apa yang aku mampu buat aku akan buat utk tenangkan hati yang sedih ini. huhu

Di samping itu aku berbangga memiliki seorang bapa yang sangat rajin, tidak pernah mengeluh untu buat kerja kerja rumah. dia sangat memahami keadaan mama yang bekerja mengikut masa pejabat. bertuahnya mama!

Rumah juga terasa kesunyian yang amat setelah arwah nenek tiada. walaupun arwah nenek hanya terbaring di satu sudut tetap, namun terbukti keberadaan nenek di rumah ini dulu cukup mengisi seluruh ruang rumah kerana segala aktiviti tertumpu kepada nenek, semua yang berada di rumah pun mempunyai peranan masing masing dalam aktiviti mengurus dan menjaga nenek. kini, semua aktiviti tersebut sudah berakhir. aku faham, bapa memerlukan sedikit masa untuk melawan kesunyian kerana dulu bapalah yang setia bersama nenek selain waktu kerjanya di sekolah.

Kasih sayang seorang nenek atau datuk kepada cucunya itu adalah suatu keajaiban dan tidak semua orang berpeluang merasakannya. aku dan adik beradik sangat bertuah kerana berpeluang merasakan ajaibnya kasih sayang datuk dan nenek sepenuhnya sejak kecil hingga dewasa. jadi, aku x hairan klu ada org yg ckp, kenapa kami terlalu bersedih atas pemergian arwah nenek, jawapannya kerana kau yang x pernah merasa ajaibnya kasih sayang sebenar daripada seorang datuk dan nenek hingga mereka tidak bernyawa lagi.

Sunday, June 24, 2012

LoveStory


Aku gembira melihat rakan-rakan melangsungkan perkahwinan. maksud aku rakan masa di sekolah menengah (MRSM Kuching). sebab dulu masa main, belajar dengan rakan rakan masih budak hingusan lagi, muka pun belum ada kematangan langsung dan bila tgk kwn kwn kahwin, terasa cepatnya masa berlalu, sebenarnya umur semakin meningkat dewasa (tapi masa majlis kahwin aku sendiri x pulak aku rasa mcm ni huhuk). mungkin beginilah perasaan kawan kawan masa tengok gambar2 kahwin aku tempoh hari. hehe apapun syukur alhamdulillah makin ramai kwn kwn yg sudah sampai seru, jd isteri dan suami org.

Sebebarnya aku mahu cerita tentang alam percintaan. sekarang ni aku tgk budak budak bercinta bagai nak rak post gambar, update status bagai, i love u i miss u di wall. sungguh bahagia mereka bercinta. well, aku pun pernah melalui zaman bercinta sebelum bergelar isteri. mula mula bercinta memang teruja mahu tunjuk sama dunia dia aku punya, kami pasangan bahagia. tapi lama kelamaan, rasa x berbaloi lah main tunjuk2/show off boyfriend lagi, sebab belum tentu lagi siapa jodoh aku. ingat, kita merancang, tapi perancangan Tuhan itu jauh lebih indah. kisah aku dgn suami pula ringkas, bercinta macam x bercinta pun, sbb aku rasa masa tu masih terlalu awal, kononnya mahu kerja dulu, enjoy zaman bujang, tolong mak bapak. tapi sungguh, perancangan Tuhan itu indah, setelah hampir sebulan aku kurang berhubung dgn suami (masa tu kira msh berkawan jer), sebabnya terlalu sibuk dgn kerja semester akhir, lagipun masa tu betul2 enjoy life dgn kwn2 sebelum tamat pengajian, tiba tiba dia mahu masuk merisik. aku masih fikir dia main main, tapi rupanya benar benarr. minggu hadapannya, dia dan keluarga terus datang merisik, 3minggu lepas tu terus masuk meminang, dan 2bulan kemudian, kami dinikahkan. sungguh, aku rasa baru mula bercinta dgn suami setelah kami bernikah, byk sbb aku rasa mcm tu. salah satunya cara kmi berkomunikasi, sangatlah seperti kawan kawan biasa, aku ko itulah yg kami guna. cuma selepas bernikah barulah semuanya berubah, dan perasaan pun sgtlah berbeza. dan bermulalah episod kami bercinta bagai nak rak selepas selesai majlis perkahwinan.

Amboi bukan main aku bercerita, apa pun, setiap orang pasti ada cerita cinta tersendiri. syukur alhamdulillah, aku sgt bersyukur dikurniakan seorang suami yang menyayangi dan memahami aku seutuhnya. semoga cinta kami semakin mekar seiring peredaran usia perkahwinan kami. aminnnn :)

Thursday, June 21, 2012

A week after operation, and losing grandma

Sudah seminggu berlalu selepas aku dibedah minggu lalu, dan genap seminggu juga arwah nenek kembali ke Rahmatullah. Alhamdulilla luka di bahagian luar semakin kering dan beransur pulih. cua bahagian dalam kadang kadang masih terasa. syabas dan tahnih buat diri sendiri sebabnya aku dengan tabah dan konsisten menelan pati ikan haruan 2 botol sehari, disamping memakan sup ikan haruan yang sedap. kalau ada yang tertanya tanya apa sebenarnya yang dibuang dari dalam perut aku, ianya sejenis ketumbuhanyang dipanggil cyst, tumbuh di sekitar ovari kiri dalam saiz lebih kurang 7x8cm. dan salah satu perkara yang aku sangat syukuri, semasa pembedahan, doktor berjaya menyelamatkan ovari kiri aku yang berkemungkinan akan dibuang sekali bersama cyst sekiranya ovari tidak dapat dipisahkan daripada cyst tersebut. i thanks Allah a lot, Alhamdulillah!

Terdapat pelbagai jenis cyst yang dikenalpasti melalui kajian secara klinikal. setiap jenis cyst tersebut mengandungi bahan yang berbeza. alhamdulillah, cyst aku yang telah dibuang itu hanya mengandungi air dan tidak merbahaya. cuma kewujudannya d sekitar rahim dan ovari agakmmengganggu sistem pembiakan.

H
Inilah cyst yg berjaya dikeluarkan oleh doktor. gambar diambil semasa pembedahan. oleh kerana aku menjalani pembedahan di pusat perubatan swasta, mudahlah kami meminta gambar tersebut dari doktor.



Friday, June 15, 2012

Perpisahan Terakhir

Sakit luka belahan di perut tidak terasa seketika suami mengkhabarkan pemergian abadi nenek yang disayangi. airmata deras menelusuri pipi kusam yg gigih melawan kesakitan kesan pembedahan 3hari yg lalu. dan akhirnya airmata buat nenda tercinta penghapus raut kesakitan di wajahku. aku bangga menjadi cucu kepada sorang nenek yang tabah melawan kesakitan bertahun lamanya, terngiang ucapan nenek yg acapkali disebut ketika saya mengurus kencing, beraknya, menyuap makan minumnya, menyapu ubat ubatannya, "tiadalah guna ni kalau begini lagi, kasi susah kamurang seja, tunggu mati seja nih". dan sering aku balas, "jgn ckp begitu nek, ndak susah juga", sambil tersenyum.

Hari jumaat yang lalu, kali terakhir aku mengucup nenek sebelum pulang menemani suami. aku sempat berpesan, nenek kuat2 makan a, makan ubat, minggu dpn aku balik lagi, kita jumpa a nek. rupanya saya hanya berkesempatan menatap wajah nenek hari ini yang suda tidak bernadi, itupun melalui 'skype', di wad pusat perubatan Raflesia. wajah arwah nenek tenang, putih berseri, seakan tidur sahaja seperti yg selalu saya lihat. saat itu saya bersyukur, kerana Tuhan telah temukan nenek titik penghujung penderitaan dan kesakitan yang ditanggung selama ini.

Nenek, semoga tenang di sana. cucumu ini akan selalu merinduimu, dan akan sentiasa mendoakanmu, selamanya menyayangimu. terima kasih nenek, kerana telah mengajar saya ilmu paling tinggi di dunia, iaitu ilmu mengasihi org tua walau dalam apa keadaan sekalipun.

i love you, nenek.