Aku sudah pun selamat bergelar isteri kepada seorang suami yang dicintai, sejak 2bulan lebih yang lalu. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah...Kehidupan setelah berkahwin jauh lebih matang berbanding sebelumnya. sebab tu aku memilih untuk 'delete' entri entri dulu kala. hidup baru, blog ni mesti baru jugaaa.
Sejak menempuh alam rumahtangga, banyak manis, bahagia, dugaan, kesakitan, kegembiraan, kesedihan. apa yang penting, harus sentiasa bersyukur setiap masa, dengan segala nikmat dan dugaan yang dihadiahkan Tuhan. Syukur alhamdulillah, aku dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang, keluarga mertua yang sangat prihatin, baik..
Semoga aku sentiasa berusaha menjadi isteri yang baik, anak yang baik. mungkin sekarang tidak, sekurang-kurangnya mesti hari hari berusaha. berusaha untuk sentiasa memekarkan cinta pada suami yang mencintai aku, hingga akhir hayat. insyaAllah...






